Get Your Informations Here About Ebooks, Marketings, Build Blog/Website, Etc. These informations will refresh from time to time. So, please updated yourself with much informations right here.

Sunday, January 7, 2007

Malaysiapal Info 1

Pengenalan

PayPal adalah medium perantara di antara kita dan pembeli. Apa yang menyedihkan bagi kita rakyat Malaysia ialah kita tidak diberikan peluang untuk mengeluarkan wang secara terus di bank-bank tempatan.
Disebabkan PayPal adalah merchant account terbesar di Internet selain 2CheckOut, Worldpay, Stormpay dan sebagainya, kita tidak boleh menutup peluang dengan tidak membuka akaun PayPal. Adalah satu perkara yang merugikan sekiranya kita tidak menerima pembayaran melalui PayPal kerana kebanyakan pembeli-pembeli di Internet merasakan pembayaran di PayPal lebih selamat, mudah, dan cepat.
Apa yang saya sedar, kebanyakan usahawan-usahawan Internet Malaysia menggunakan hasil dari PayPal sebagai modal untuk mengembangkan perniagaan mereka tetapi masalahnya akan timbul apabila duit di PayPal mulai banyak dan ini amat merugikan sekiranya duit tersebut tidak dapat dikeluarkan.
Saya pernah ditanya oleh salah seorang peserta seminar “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang dikendalikan Team Saifulsham tentang betapa ruginya mereka membuka akaun PayPal tetapi tidak dapat mengeluarkan hasilnya, lagi-lagi terdapat pelbagai cerita-cerita buruk mengenai Paypal.
Saya sekadar memberitahu beliau bahawa 70% hasil dari perniagaan Internet adalah melalui Paypal. Bagi saya, tidak ada apa-apa kerumitan sepanjang saya menggunakan PayPal dan saya dapat mengeluarkan duit dari Paypal dengan mudah dan selamat!
Maka, setelah perbincangan hangat antara saya dan pihak MK Deals, kami bersepakat untuk mengeluarkan e-book ini secara percuma. Ya, saya katakan percuma kerana anda tidak perlu membayar satu sen pun mengenai informasi di dalam e-book ini, malahan anda boleh membuat duit dengan e-book ini. ;-) Cukuplah sekadar anda tidak menyebarkan e-book ini sebagai tanda terima kasih atas ilmu yang diberikan.
Di dalam e-book ini saya akan menerangkan daripada bagaimana untuk membuka akaun PayPal sehinggalah anda dapat mengeluarkan hasil daripada akaun PayPal anda di mesin ATM dengan selamat, dalam masa tidak sampai 3 hari, menarik bukan?
Maka, selamat membaca!

Untuk keterangan lebih lanjut, anda digalakkan mengikuti perkembangannya dalam info ke-2.


Untuk Mendapatkan Terus Ebook Percuma & Berharga Ini KLIK SINI

Regards,
Jutawanster

No comments: