Get Your Informations Here About Ebooks, Marketings, Build Blog/Website, Etc. These informations will refresh from time to time. So, please updated yourself with much informations right here.

Monday, January 8, 2007

Malaysiapal Info 2

Membuka akaun PayPal

PayPal ialah merchant account terbesar di dunia, disusuli dengan 2CheckOut, WorldPay, StormPay dan sebagainya. Maka, walau apa jua perniagaan yang anda jalankan sama ada laman web sendiri, lelong, eBay dan sebagainya, PayPal JANGAN diabaikan sama sekali.
Di sini saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk membuka akaun PayPal. Jika anda sudah mempunyai akaun PayPal, anda boleh abaikan langkah ini.
1) Klik di sini untuk terus ke laman web PayPal.
2) Klik pada “Sign Up Today!” seperti yang anda lihat di atas. Anda akan dibawa ke laman untuk memilih sama ada untuk memilih akaun persendirian, primier ataupun bisnes.

Setkan “Select the country....” kepada Malaysia. Saya lebih sarankan kepada Business Account kerana anda boleh meletakkan nama syarikat sendiri dan mendapatkan faedah-faedah yang lebih banyak daripada Personal Account atau pun Premier Account. Semuanya adalah PERCUMA.
3. Anda akan dibawa ke satu laman untuk meletakkan segala butiran tentang diri anda. Saya teramat-amat sarankan anda meletakkan butiran yang betul kerana kita tidak perlu takut jikalau membuat perniagaan yang sebenar bukan? ;-)
4. Anda akan diminta untuk membuat confirmation mengenai akaun anda. PayPal akan menghantar emel kepada anda. Ini bagi mengelakkan spam yang berleluasa di Internet.
5. Done! Anda boleh masuk ke dalam akaun PayPal anda menggunakan username dan password yang anda setkan.
6. Anda akan lihat bahawa status anda adalah “Malaysian – Unverified”. Untuk verify akaun anda, anda akan dikenakan cas sebanyak $1.95 USD. Anda boleh verify akaun anda menggunakan kad kredit atau pun kad debit. Seperti saya yang hanya seorang pelajar, saya menggunakan kad debit Public Bank.

Anda akan menerima emel daripada PayPal mengenai verification yang telah anda buat. PayPal akan menghantar “Expanded Use Number” pada penyata bank anda. Mereka akan menyuruh anda memasukkan 4 digit yang boleh dilihat pada penyata bank dan selepas itu, barulah akaun kita diaktifkan sepenuhnya. Maka, segala urusan jual beli menjadi lebih mudah.
Pengalaman: Pelanggan saya pernah membuat bayaran di PayPal tetapi pada masa itu saya masih belum “verify”kan lagi akaun PayPal. Maka, pembayaran beliau tetap pending (tergantung) sehingga dibatalkan. Setelah meminta kembali pelanggan tersebut membuat bayaran menggunakan invoice PayPal dan emel ketiga barulah beliau membuat bayaran.
Jangan berlengah lagi, aktifkan akaun PayPal anda sekarang!



Untuk Mendapatkan Terus Ebook Percuma & Berharga Ini KLIK SINI

No comments: