Get Your Informations Here About Ebooks, Marketings, Build Blog/Website, Etc. These informations will refresh from time to time. So, please updated yourself with much informations right here.

Wednesday, January 10, 2007

"Unbelievable! - This Man Makes $20K per Month Online"

Hi bloggers, new information for you...get ready to rock the world!

Tuesday, January 9, 2007

Malaysiapal Info 3

Membuka Akaun Kad Debit Termudah

Cara yang paling mudah untuk mengeluarkan duit dari PayPal ialah dengan membuka akaun di 1BankCard.com. Apa yang perlu anda lakukan ialah anda dikehendaki untuk membeli debit kad di http://www.accentcard.com. Harganya ialah $29 USD ataupun lebih kurang RM106.43 (kadar ini mengikut harga pertukaran wang semasa e-book ini ditulis)
Cara ini amat-amat tidak berbaloi kerana proses yang akan dijalankan agak lambat kerana “kit” yang akan anda terima dipos dari US dan ini akan memakan masa untuk kita menerima “kit” tersebut.
TETAPI, terdapat alternatif yang telah diambil oleh pihak MK Deals Sdn. Bhd. Anda hanya perlu melayari http://malaysia.accentcard.com dan syarikat ini berpusat di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
MK Deals Sdn. Bhd. adalah agen kepada Accent Card yang berpusat di Pheonix, USA. Mereka menawarkan pada harga yang amat-amat berpatutan iaitu RM100 sahaja. Mereka akan menghantar satu “kit” lengkap menggunakan pos ekspress. Dalam masa 2 hari sahaja “kit” itu akan sampai ke tangan anda. Apa yang anda akan peroleh ialah kad debit Accent Card beserta nombor pin, manual bagaimana anda mengaktifkan tersebut (akan diterangkan di dalam e-book ini) dan beberapa brochure mengenai Accent Card.
Untuk mendapatkan kad debit Accent Card anda, anda hanya perlu depositkan RM100 kepada pihak MK Deals Sdn. Bhd. melalui online banking ataupun wang pos kepada:
Online Banking
Nombor Akaun: 164137460005
Name on Account: Muhammad Khuzairil bin Mohd Hussaini
E-mail Address: support@malaysia.accentcard.com
Nombor Akaun: 14420062394526
Name on Account: Muhammad Khuzairil bin Mohd Hussaini

Wang Pos

MK Deals SDN.BHD.
Suite 9.01, 9th Floor Wisma Zelan,
Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Bagi setiap pembayaran menggunakan menggunakan online banking, anda perlulah menghantar sekali bukti salinan pembayaran telah dibuat bagi tujuan semakan dan mengelakkan penipuan. Anda bolehlah menghantar emel kepada support@malaysia.accentcard.com memberitahu pembayaran yang telah dibuat ataupun faks bukti pembayaran kepada nombor +60(3) 9173 2412.
Mengaktifkan kad
1) Anda perlu mengaktifkan kad anda di http://www.1bankcard.com. Klik pada “English” di bahagian sebelah kiri pada laman web tersebut. Ini bagi mendaftarkan kad debit Accent Card anda.
2) Masukkan segala butiran yang sebenar tentang diri anda kerana butiran-butiran ini akan digunakan untuk verify kad anda bahawa anda adalah pemilik kad yang sebenar.
3) Klik pada “Card Management:”. Selepas anda telah mendaftarkan diri, dalam masa beberapa minit, anda bolehlah login ke dalam akaun anda menggunakan nombor kad dan password yang telah anda setkan.

Untuk Mendapatkan Terus Ebook Percuma & Berharga Ini KLIK SINI

Monday, January 8, 2007

Malaysiapal Info 2

Membuka akaun PayPal

PayPal ialah merchant account terbesar di dunia, disusuli dengan 2CheckOut, WorldPay, StormPay dan sebagainya. Maka, walau apa jua perniagaan yang anda jalankan sama ada laman web sendiri, lelong, eBay dan sebagainya, PayPal JANGAN diabaikan sama sekali.
Di sini saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk membuka akaun PayPal. Jika anda sudah mempunyai akaun PayPal, anda boleh abaikan langkah ini.
1) Klik di sini untuk terus ke laman web PayPal.
2) Klik pada “Sign Up Today!” seperti yang anda lihat di atas. Anda akan dibawa ke laman untuk memilih sama ada untuk memilih akaun persendirian, primier ataupun bisnes.

Setkan “Select the country....” kepada Malaysia. Saya lebih sarankan kepada Business Account kerana anda boleh meletakkan nama syarikat sendiri dan mendapatkan faedah-faedah yang lebih banyak daripada Personal Account atau pun Premier Account. Semuanya adalah PERCUMA.
3. Anda akan dibawa ke satu laman untuk meletakkan segala butiran tentang diri anda. Saya teramat-amat sarankan anda meletakkan butiran yang betul kerana kita tidak perlu takut jikalau membuat perniagaan yang sebenar bukan? ;-)
4. Anda akan diminta untuk membuat confirmation mengenai akaun anda. PayPal akan menghantar emel kepada anda. Ini bagi mengelakkan spam yang berleluasa di Internet.
5. Done! Anda boleh masuk ke dalam akaun PayPal anda menggunakan username dan password yang anda setkan.
6. Anda akan lihat bahawa status anda adalah “Malaysian – Unverified”. Untuk verify akaun anda, anda akan dikenakan cas sebanyak $1.95 USD. Anda boleh verify akaun anda menggunakan kad kredit atau pun kad debit. Seperti saya yang hanya seorang pelajar, saya menggunakan kad debit Public Bank.

Anda akan menerima emel daripada PayPal mengenai verification yang telah anda buat. PayPal akan menghantar “Expanded Use Number” pada penyata bank anda. Mereka akan menyuruh anda memasukkan 4 digit yang boleh dilihat pada penyata bank dan selepas itu, barulah akaun kita diaktifkan sepenuhnya. Maka, segala urusan jual beli menjadi lebih mudah.
Pengalaman: Pelanggan saya pernah membuat bayaran di PayPal tetapi pada masa itu saya masih belum “verify”kan lagi akaun PayPal. Maka, pembayaran beliau tetap pending (tergantung) sehingga dibatalkan. Setelah meminta kembali pelanggan tersebut membuat bayaran menggunakan invoice PayPal dan emel ketiga barulah beliau membuat bayaran.
Jangan berlengah lagi, aktifkan akaun PayPal anda sekarang!



Untuk Mendapatkan Terus Ebook Percuma & Berharga Ini KLIK SINI

Sunday, January 7, 2007

Malaysiapal Info 1

Pengenalan

PayPal adalah medium perantara di antara kita dan pembeli. Apa yang menyedihkan bagi kita rakyat Malaysia ialah kita tidak diberikan peluang untuk mengeluarkan wang secara terus di bank-bank tempatan.
Disebabkan PayPal adalah merchant account terbesar di Internet selain 2CheckOut, Worldpay, Stormpay dan sebagainya, kita tidak boleh menutup peluang dengan tidak membuka akaun PayPal. Adalah satu perkara yang merugikan sekiranya kita tidak menerima pembayaran melalui PayPal kerana kebanyakan pembeli-pembeli di Internet merasakan pembayaran di PayPal lebih selamat, mudah, dan cepat.
Apa yang saya sedar, kebanyakan usahawan-usahawan Internet Malaysia menggunakan hasil dari PayPal sebagai modal untuk mengembangkan perniagaan mereka tetapi masalahnya akan timbul apabila duit di PayPal mulai banyak dan ini amat merugikan sekiranya duit tersebut tidak dapat dikeluarkan.
Saya pernah ditanya oleh salah seorang peserta seminar “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang dikendalikan Team Saifulsham tentang betapa ruginya mereka membuka akaun PayPal tetapi tidak dapat mengeluarkan hasilnya, lagi-lagi terdapat pelbagai cerita-cerita buruk mengenai Paypal.
Saya sekadar memberitahu beliau bahawa 70% hasil dari perniagaan Internet adalah melalui Paypal. Bagi saya, tidak ada apa-apa kerumitan sepanjang saya menggunakan PayPal dan saya dapat mengeluarkan duit dari Paypal dengan mudah dan selamat!
Maka, setelah perbincangan hangat antara saya dan pihak MK Deals, kami bersepakat untuk mengeluarkan e-book ini secara percuma. Ya, saya katakan percuma kerana anda tidak perlu membayar satu sen pun mengenai informasi di dalam e-book ini, malahan anda boleh membuat duit dengan e-book ini. ;-) Cukuplah sekadar anda tidak menyebarkan e-book ini sebagai tanda terima kasih atas ilmu yang diberikan.
Di dalam e-book ini saya akan menerangkan daripada bagaimana untuk membuka akaun PayPal sehinggalah anda dapat mengeluarkan hasil daripada akaun PayPal anda di mesin ATM dengan selamat, dalam masa tidak sampai 3 hari, menarik bukan?
Maka, selamat membaca!

Untuk keterangan lebih lanjut, anda digalakkan mengikuti perkembangannya dalam info ke-2.


Untuk Mendapatkan Terus Ebook Percuma & Berharga Ini KLIK SINI

Regards,
Jutawanster