Get Your Informations Here About Ebooks, Marketings, Build Blog/Website, Etc. These informations will refresh from time to time. So, please updated yourself with much informations right here.

Wednesday, August 22, 2007

Taufan Dean badai Mexico, Belize

Taufan Dean badai Mexico, Belize
PLAYA DEL CARMEN, Mexico 21 Ogos – Taufan Dean membadai pantai Caribbean di Mexico dan Belize hari ini dengan membawa hujan lebat serta angin kencang yang bertiup sehingga 260 kilometer sejam.

Pusat Ribut Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, Dean menjadi semakin ganas dan bertukar menjadi ribut Kategori 5 semasa bertiup ke arah Mexico selepas mengganas di Jamaica dan Kepulauan Cayman.

Ribut itu, yang telah meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa sejak ia mula melanda Caribbean, kini tertumpu kira-kira 160 kilometer ke timur Chetumal, Mexico.

Beribu-ribu pelancong meninggalkan kawasan pantai Mayan Riviera di Mexico ketika ribut kencang itu bergerak ke arah kawasan runtuhan purba dan pusat perindustrian minyak di Semenanjung Yucatan.

Semenanjung itu juga merupakan lokasi bagi beberapa buah pusat peranginan pantai yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kemusnahan akibat dilanda Taufan Wilma pada 2005.

Syarikat minyak milik kerajaan Mexico, Petroleos de Mexico melaporkan, lebih 18,000 pekerjanya telah dipindahkan dari selatan Teluk Mexico, di mana terletaknya telaga-telaga minyak gergasi Cantarell.

Berpuluh-puluh tapak runtuhan purba Maya yang bersejarah turut dikosongkan, termasuk kuil-kuil tepi pantai di Tulum, kira-kira 125 kilometer ke utara Chetumal, Mexico.

Penduduk suku kaum Maya dijangka mengalami kesan paling teruk akibat ribut itu, kerana kebanyakan daripada mereka masih tinggal dalam pondok kayu di beberapa buah perkampungan kecil di sekitar kawasan rendah Yucatan.

Pakar-pakar kaji cuaca berkata, ombak besar setinggi empat hingga enam meter dijangka berlaku, yang boleh menyebabkan air laut mengalir masuk ke kawasan darat dan hujan lebat dikhuatiri membawa bencana banjir di kawasan paya itu.

Ribut Kategori 5, yang terkuat dan mampu membawa kemusnahan besar-besaran, telah melanda empat kali pada 2005, termasuk Wilma dan Katrina yang memusnahkan New Orleans.

– AP

Tuesday, August 21, 2007

Lahir modal insan bertaraf dunia antara cabaran negara

SEJAK mencapai kemerdekaan pada 1957, rakyat negara ini menempuh kehidupan lebih baik. Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada British tanpa sebarang pertumpahan darah berbanding apa yang berlaku di kebanyakan negara lain yang bersama-sama berjuang menuntut kemerdekaan.

Kekuatan pasukan polis membantu Angkatan Tentera menghancurkan ancaman komunis pada 1950-an, 1960-an dan 1970-an dan mengekalkan keamanan, kestabilan serta keharmonian adalah resipi membolehkan negara meneruskan pembangunan tanpa halangan.

Malah sejak pembentukan Malaysia terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963 negara menghadapi konfrontasi dengan negara jiran Indonesia. Namun tentangan itu diselesaikan secara persahabatan. Singapura keluar dari Malaysia pada 7 Ogos 1965.

Dengan 26.6 juta penduduk, negara kini menikmati keamanan, keselamatan dan kestabilan politik di bawah kepemimpinan berterusan Parti Perikatan dan kini Barisan Nasional (BN). Cuma Tragedi 13 Mei 1969 – rusuhan kaum – adalah satu-satunya peristiwa yang mencacatkan sejarah politik tanah air sejak kemerdekaan. Namun kesan positif daripada tragedi itu ialah kelahiran dan pelaksanaan pelbagai dasar, satunya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

DEB dilancarkan pada 1970 dan berakhir pada 1990. Ia strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Teras dasar itu ialah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara Bumiputera dengan kaum lain dengan mengembangkan lagi ekonomi.

Rakyat Malaysia terhutang budi kepada sektor pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko, lada hitam dan industri bijih timah yang membantu negara membina prasarana seperti jalan raya, khidmat kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan untuk memberi laluan kepada sektor perkilangan.

Ekonomi Malaysia terus berkembang pada 2001-2005 oleh kerana asas makroekonomi yang lebih utuh dan lebih berdaya tahan ekoran pengajaran daripada krisis kewangan Asia. Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) sebenar meningkat pada satu kadar purata 4.5 peratus setiap tahun pada tempoh itu.

Malaysia, sebagai sebuah negara ekonomi terbuka, terus mengharungi pasaran global yang semakin hebat daya saingnya dan mencabar.

Negara terus menghadapi pelbagai cabaran, China dan India yang membuka pintunya mengubah landskap ekonomi secara dramatik bagi negara maju dan membangun, teknologi maklumat dan komunikasi mengubah cara transaksi, kegiatan berintensifkan buruh kini digantikan dengan berintensifkan pengetahuan dan produktiviti.

Malaysia menempatkan keutamaan tinggi pada pembangunan modal insan dan selaras dengan itu banyak melabur dalam pendidikan dan latihan.

Ketika Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), lebih 20 peratus daripada belanjawan pembangunan dikhususkan bagi pendidikan dan latihan. Oleh itu, peluang latihan dan pendidikan meningkat dengan meluasnya.

Selaras matlamat Malaysia mencapai status maju menjelang 2020, antara cabaran penting ialah mengeluarkan modal insan bertaraf dunia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, fleksibel dan kreatif, serta memiliki nilai etika kerja positif selain nilai rohani.

Bagi tujuan ini, usaha akan diperluaskan supaya latihan dan sistem penyampaian pendidikan kekal relevan, responsif dan fleksibel untuk menyahut keperluan dan cabaran yang sering berubah dalam konteks globalisasi.

Peluang bagi pendidikan berkualiti, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat juga menyaksikan penambahbaikan untuk memenuhi permintaan.

Projek berbilion ringgit mengubah wajah negara. Bangunan tertinggi di dunia – Menara Kembar Petronas; sebuah satelit di angkasa raya; Koridor Raya Multimedia - adalah secebis daripada kisah pencapaian yang memandu negara memasuki alaf baru.

Dari Perlis hingga Sarawak, rakyat harus berbangga dengan lebuh raya dan jalan moden, pelabuhan dan lapangan terbang, penjagaan kesihatan dan perumahan serta peluang pekerjaan dan faedah persaraan yang disediakan di negara ini.

Kejayaan Malaysia yang begitu dikagumi menjadi sebuah negara pelbagai kaum dan agama sewajarnya mendapat tempat yang dibanggakan dalam peta dunia dan warganya memang berhak berasa bangga merayakan ulang tahun kemerdekaan ke-50.

Sebagai negara punya keragaman kaum, budaya dan tradisi, Malaysia berkembang dalam suasana kepelbagaian ini dan ia menepati peribahasa ‘keragaman adalah rencah kehidupan.’

Dalam mengejar impian untuk mencapai wawasan 2020, doa rakyat Malaysia ialah negara berbilang kaum dan agama ini dianugerahi keamanan, kestabilan dan keharmonian berterusan.

Lihat orang di sekeliling anda. Amati senyuman mereka yang melambangkan penuh kepuasan. Inilah negara kita Malaysia, tanah tumpah darah kita. Dirgahayu Malaysia! – Bernama