Pengasas Kumpulan Genting yang juga hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong mendedahkan 15 resipi yang diamalkannya sehingga berjaya menjadikan Genting Highlands Resorts sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia. Resipi kejayaan itu didedahkan menerusi kertas kerja bertajuk ‘Bagaimana Usahawan Pelancongan Dari Negara Membangun Berjaya ke Peringkat Global’ pada Persidangan Pelancongan Dunia di sini hari ini. Ia disampaikan oleh Pengerusi Resort World Berhad, Kumpulan Genting Berhad, Lee Choong Yan.
Menurut Choong Yan, meskipun Goh Tong sudah berjaya mencapai visinya, beliau masih menjadikan 15 prinsip tersebut sebagai amalan, malah menjadikannya sebagai misi korporat dan budaya kerja dalam Kumpulan Genting.
‘‘Tan Sri berpesan, untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, kita mesti merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sesekali membatalkan temu janji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lambat.
‘‘Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam fikiran, mencatat segera sebarang idea yang datang, bertindak segera dan memberi reaksi tepat pada waktunya.
‘‘Selain itu, kita mesti percaya dan yakin pada diri, jika anda percayakan sesuatu, teruskan, jangan fikir negatif, dalam perniagaan - lakukan secara berperingkat walaupun perlahan - asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.
‘‘Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta keberkatan daripadanya,” kata beliau.
Kata Choong Yan, beliau turut berusaha mengamalkan resipi itu dan sentiasa berpegang kata pepatah yang sering dikatakan Goh Tong iaitu “untuk berjaya, kita harus menggunakan sepenuhnya keupayaan diri dan melakukan kerja dengan sebaik mungkin”.
Katanya, kejayaan Kumpulan Genting hari ini dicapai menerusi impian dan visi seorang lelaki yang satu ketika dahulu dianggap orang tua gila di kalangan rakan-rakannya kerana berhasrat membina pusat peranginan Genting. Beliau berkata, Goh Tong pernah bercerita kepadanya mengenai ejekan yang diterimanya itu dan memberitahu, perniagaan tersebut tidak akan memberi pulangan kerana tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu.
‘‘Tetapi beliau (Goh Tong) membuktikan kata-kata itu dengan bekerja dua syif selama seminggu dan bagi menjimatkan kos, mereka tinggal dalam hutan malah ada yang tinggal dalam gua berdekatan,” katanya.
Choong Yan berkata, hasilnya, pusat peranginan Genting Highlands yang pada satu ketika dahulu hanya menyediakan 200 bilik kini mempunyai lebih 10,000 bilik dan dilawati lebih 18 juta pelancong sepanjang tahun. ‘‘Kejayaan Kumpulan Genting hari ini bukan mudah dicapai, ia sebenarnya terkandung rahsia tersembunyi,’’ jelasnya.
Selain itu, ujarnya, Goh Tong sentiasa menganggap kakitangan sebagai aset paling berharga dan disebabkan itu, sebahagian besar kakitangan syarikat itu hari ini adalah mereka yang bekerja sewaktu Genting mula-mula dibuka. Mac lalu, Goh Tong tersenarai antara sembilan rakyat negara ini sebagai The World’s Billionaires oleh majalah Forbes bagi 2007. Beliau berada di tangga 204 dalam senarai dunia dengan nilai harta sebanyak RM14.28 bilion (AS$4.2 bilion), di belakang Tan Sri Robert Kuok (ke-104) dan Tan Sri Ananda Krishnan (ke-119).
Goh Tong yang berasal dari Anxi, Wilayah Fujian, China datang ke Malaya ketika berusia 20 tahun. Beliau menjadi orang pertama bekerja mengikut giliran 24 jam sehari tujuh hari seminggu untuk membina pusat peranginan Genting Highlands pada 8 Ogos 1965. (Petikan dari utusan online bertarikh 7hb Jun 2007)
Get Your Informations Here About Ebooks, Marketings, Build Blog/Website, Etc. These informations will refresh from time to time. So, please updated yourself with much informations right here.
Wednesday, June 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
►
2008
(1)
- ► 11/23 - 11/30 (1)
-
▼
2007
(50)
- ► 11/25 - 12/02 (1)
- ► 09/02 - 09/09 (5)
- ► 08/26 - 09/02 (2)
- ► 08/19 - 08/26 (3)
- ► 08/12 - 08/19 (6)
- ► 08/05 - 08/12 (2)
- ► 07/29 - 08/05 (3)
- ► 07/22 - 07/29 (3)
- ► 07/15 - 07/22 (5)
- ► 07/08 - 07/15 (4)
- ► 06/24 - 07/01 (3)
- ▼ 06/17 - 06/24 (4)
- ► 05/06 - 05/13 (1)
- ► 02/25 - 03/04 (1)
- ► 02/18 - 02/25 (1)
- ► 01/14 - 01/21 (2)
- ► 01/07 - 01/14 (4)
-
►
2006
(7)
- ► 12/31 - 01/07 (5)
- ► 12/24 - 12/31 (2)
No comments:
Post a Comment