Get Your Informations Here About Ebooks, Marketings, Build Blog/Website, Etc. These informations will refresh from time to time. So, please updated yourself with much informations right here.

Thursday, June 28, 2007

Cyberview, MDeC Tubuh Pusat Sehenti Bantu PKS

(Sumber : Hizral Tazzif Hisham - Berita Harian)


RSSC bimbing usahawan majukan perniagaan teknologi maklumat

CYBERVIEW Sdn Bhd bersama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) menubuhkan Pusat Perkhidmatan Sokongan Sumber (RSSC), iaitu pusat sehenti bagi membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Pengarah Urusan Cyberview, Redza Rafiq Abdul Razak berkata, RSSC yang akan beroperasi di Pusat Usahawan Tekno PKS di Cyberjaya akan menyediakan platform dan membantu syarikat PKS dalam aspek perangkaian serta mewujudkan peluang penerokaan perniagaan baru, akses pasaran serta kepakaran dan perkongsian pengetahuan.

“Perkhidmatan yang disediakan itu juga termasuk program yang akan membimbing usahawan tekno PKS membangunkan perniagaan mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai memorandum persefahaman antara Cyberview dan MDeC bagi inisiatif itu di Cyberjaya semalam.

Pada majlis itu Redza mewakili Cyberview, manakala MDeC oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Badlisham Ghazali.

Ia disaksikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Pengerusi MDeC, Tan Sri Halim Ali.

Redza berkata, RSSC juga akan menawarkan pelbagai perkhidmatan sokongan, termasuk pembangunan pelan perniagaan, latihan dan pembangunan, pemasaran dan runding cara, maklumat perniagaan dan perkhidmatan membantu kepada akses pembiayaan dan sumber.

Sementara itu, beliau berkata, Cyberview akan membangunkan fasa ketiga bangunan Pusat Usahawan Tekno PKS selepas kejayaan fasa pertama dan kedua yang mampu menempatkan hampir 300 syarikat PKS.

Katanya, pembinaan fasa ketiga yang dijadualkan bermula pada 2010 itu dianggarkan membabitkan kos antara RM30 juta hingga RM40 juta dan dijangka menyediakan 150 lot pejabat untuk syarikat PKS.

“Pembinaan fasa ketiga itu bagi menampung bilangan PKS dalam bidang ICT yang semakin bertambah.

“Ia akan dirancang bersama bahagian pembangunan usahawan tekno MDeC,” katanya.

Redza berkata, Pusat Usahawan Tekno PKS itu membantu pembangunan PKS yang terbabit dalam bidang ICT serta menerima status MSC dengan menawarkan sewa rendah iaitu RM2.50 sekaki persegi merangkumi ruang pejabat dan perkhidmatan rundingan perniagaan.

“Mereka boleh menyewa keluasan minimum 600 kaki persegi sehingga 2,000 kaki persegi. Kemudahan yang disediakan setaraf dengan mana-mana pejabat lain, termasuk sambungan jalur lebar.

“Bagi membantu syarikat PKS mengurangkan kos, Cyberview menyediakan kemudahan bilik mesyuarat yang boleh disewa pada kadar RM10 sejam,” katanya.

No comments: