ebook for you

Get Your Informations Here About Ebooks, Marketings, Build Blog/Website, Etc. These informations will refresh from time to time. So, please updated yourself with much informations right here.

Sunday, November 23, 2008

http://www.scribd.com/doc/8323180/Five-Figures-Adsense-eBook


Five Figures Adsense eBook





http://www.scribd.com/share/upload/5437920/1au47s6736ax9zimm3vf

Saturday, December 1, 2007

Makcik PC’ ternipis di dunia

Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD



KOMPUTER ‘Makcik PC’ yang dilancarkan oleh Abdullah Ahmad Badawi pada Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan 2007 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 30 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan komputer ternipis di dunia hasil ciptaan terkini Mimos Bhd. (Mimos) yang dikenali sebagai ‘Makcik PC’.

Perdana Menteri menyifatkan kejayaan Mimos menghasilkan komputer tablet itu sebagai bukti keupayaan syarikat tempatan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Beliau juga yakin produk tersebut mampu melonjakkan nama Malaysia di peringkat global.

‘‘Sebelum terciptanya komputer ini, saya pernah meminta Mimos mencipta satu komputer yang murah dan mudah pada Ogos lalu untuk digunakan oleh semua peringkat umur masyarakat termasuk warga emas.

‘‘Akhirnya terciptalah komputer yang dikenali dengan ‘Makcik PC’ ini. Saya bangga dengan keupayaan Mimos menghasilkan satu komputer yang boleh memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan produk itu semasa merasmikan Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri menyifatkan komputer itu amat istimewa dan mudah digunakan oleh semua golongan masyarakat.

Abdullah memberitahu, beliau terdorong mencadangkan kepada Mimos untuk menghasilkan sebuah komputer seumpama itu kerana mahu rakyat negara ini mampu memiliki sebuah komputer.

Komputer seberat kurang 800 gram yang dilengkapi dengan gajet terkini seperti WiFi, bluetooth dan jaringan Wimax sebagai sambungan rangkaian Internet tanpa wayar itu akan dijual di antara AS$160 (RM537) dan AS$300 (RM1,008) seunit.

Abdullah percaya harganya yang berpatutan membolehkan lebih ramai mampu memilikinya dan dengan itu jurang digital di kalangan masyarakat khususnya luar bandar dapat dikurangkan.

‘‘Saya percaya komputer ini akan menarik lebih ramai rakyat mendalami ilmu ICT,’’ ujarnya.

Selain untuk pasaran tempatan, komputer tersebut juga kata beliau, boleh dieksport ke luar negara.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata, komputer itu dibangunkan agar boleh digunakan oleh semua peringkat umur.

‘‘Mimos akan bekerja dengan peserta industri untuk mengkomersialkan produk ini dalam tiga model untuk digunakan suri rumah, pelajar dan peniaga kecil,” katanya.

Mimos belum dapat menjangkakan bilakah komputer tersebut akan berada di pasaran.

Saturday, September 8, 2007

Teks Penuh Bajet 2008 : Bersama Membina Negara Dan Menikmati Kemakmuran

19 galakan, insentif berupaya pertingkatkan daya saing negara

ALHAMDULILLAH, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, saya dapat membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2008 di Dewan yang mulia ini. Tahun 2007 ini adalah tahun yang amat besar ertinya kepada kita semua kerana kita sama-sama menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara. Bajet 2008 adalah bajet pertama dalam kita melangkah masuk fasa 50 tahun kedua sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Dalam lima dekad pertama kemerdekaan, negara telah mencapai kemajuan yang membanggakan dalam suasana aman dan damai. Dalam kita menyusun langkah untuk 50 tahun seterusnya, adalah penting untuk kita memanfaatkan sepenuhnya kepelbagaian yang wujud di negara kita untuk terus dibina satu kekuatan agar kita teguh bersatu bergerak mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju.

Kualiti hidup rakyat hari ini telah jauh bertambah baik berbanding lima puluh tahun lalu. Pendapatan perkapita telah meningkat sebanyak 26 kali ganda daripada 790 ringgit pada 1957 kepada 20,840 ringgit pada 2006. Lima puluh tahun dulu, lebih separuh rakyat di negara ini hidup dalam kedaifan dan kemiskinan, kini kadar kemiskinan telah berjaya dikurangkan di bawah enam peratus.

Dalam tempoh 50 tahun, negara berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi yang amat membanggakan, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan peningkatan 6.3 peratus setahun. Pertumbuhan ini dicapai dalam suasana inflasi yang rendah dan guna tenaga penuh. Dalam tempoh lima dekad, negara telah menghadapi beberapa krisis. Namun, dengan gandingan padu antara kepimpinan dan rakyat, kita berjaya meletakkan semula ekonomi negara di atas landasan yang kukuh. Pertumbuhan ekonomi dijangka terus mantap, dengan pertumbuhan bagi tahun 2007 pada paras enam peratus.

Asas ekonomi terus bertambah kukuh. Semenjak 1998, akaun semasa imbangan pembayaran negara telah mencatat lebihan selama sembilan tahun berturut-turut. Pada 2006, lebihan akaun semasa adalah 16.8 peratus daripada Keluaran Negara Kasar. Kadar tabungan negara terus kekal tinggi pada tahap 37 peratus daripada KDNK. Kemasukan pelaburan langsung asing terus mapan. Kita telah berjaya membina kemudahan infrastruktur bertaraf dunia berupaya menampung pembangunan perindustrian negara.

Tahun 2008 adalah tahun ketiga pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang berteraskan Misi Nasional, seperti berikut:

Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi;

Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama;

Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi secara membina dan produktif;

Keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup; dan

Kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Bajet 2008 bertemakan Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran, mencerminkan hasrat Kerajaan untuk memastikan kekayaan negara terus berkembang dan dapat dinikmati oleh semua rakyat. Hanya dengan ini, kemajuan negara akan menjadi lebih bermakna, dengan semua rakyat hidup dalam harmoni.

Dengan itu, Bajet ini akan memberi tumpuan kepada tiga strategi utama:

Pertama - Mempertingkat daya saing negara;

Kedua - Memperkasa pembangunan modal insan; dan

Ketiga - Menjamin kesejahteraan rakyat.

STRATEGI PERTAMA: MEMPERTINGKAT DAYA SAING NEGARA


Menyediakan Persekitaran Kondusif Bagi Pelaburan Swasta

Pelaburan swasta terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Alhamdulillah, aktiviti pelaburan swasta dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan semakin rancak, dengan kadar pertumbuhan tujuh peratus pada tahun 2006, berbanding dengan kadar 1.2 peratus setahun sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. Pertumbuhan pelaburan swasta dijangka mencapai 7.1 peratus tahun ini, satu kadar yang memberangsangkan. Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ini akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.


Dasar Cukai Yang Kompetitif

Kerajaan bertekad untuk menggalak pertumbuhan pelaburan swasta dengan menyediakan persekitaran kondusif. Satu langkah penting ke arah ini ialah dengan mempastikan cukai korporat terus kompetitif. Sistem cukai korporat masa ini berasaskan sistem imputasi. Di bawah sistem imputasi, cukai dikenakan ke atas keuntungan di peringkat syarikat dan sekali lagi ke atas dividen di peringkat pemegang saham, setelah mengambil kira cukai yang dibayar syarikat. Oleh itu, sistem ini melibatkan kos pentadbiran yang signifikan untuk memastikan pematuhan terhadap cukai yang perlu dibayar di setiap peringkat.

Untuk menjadikan pentadbiran cukai korporat lebih cekap dan mudah, Kerajaan akan melaksanakan sistem cukai single-tier, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2008. Di bawah sistem single-tier, keuntungan hanya dikenakan cukai di peringkat syarikat, manakala dividen yang diterima dikecualikan daripada cukai. Dengan sistem single-tier, dividen dapat dibayar dengan lebih mudah. Tempoh peralihan bagi sistem baru ini ialah enam tahun untuk memastikan kelicinan perlaksanaan.

Semasa pembentangan Bajet 2007 tahun lalu, saya telah mengumumkan pengurangan cukai korporat daripada 28 peratus kepada 27 peratus bagi tahun 2007 dan 26 peratus bagi tahun 2008. Bagi meningkatkan lagi daya saing negara dan mempercepatkan pertumbuhan pelaburan swasta, saya mencadangkan kadar cukai korporat terus dikurangkan kepada 25 peratus pada 2009.

Saya yakin langkah ini akan memberi kesan limpahan ke atas pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Dengan kadar cukai korporat yang lebih rendah dan pengenalan sistem single tier, lebih banyak dividen dapat diagihkan kepada pemegang saham.


Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan awam yang efisien adalah kriteria penting dalam menyediakan persekitaran kondusif bagi menarik pelabur swasta. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam, termasuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah).

Pasukan ini, yang terdiri daripada wakil sektor awam dan sektor swasta, menumpu kepada aspek-aspek yang dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta menambah baik daya saing negara. Saya gembira dalam enam bulan pertama penubuhan PEMUDAH, beberapa penambahbaikan telah pun dilaksanakan. Antaranya:

Pertama: Memendekkan tempoh pembayaran balik cukai pendapatan dari enam bulan ke 14 hingga 30 hari bagi penghantaran menerusi sistem e-filing;

Kedua: Meluluskan pendaftaran perniagaan baru dengan serta merta berbanding tiga hari sebelum ini; dan

Ketiga: Mempercepatkan tempoh kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar dari tiga bulan ke lima minggu.

Pembabitan secara langsung sektor swasta dalam Pemudah telah membolehkan penyelesaian dan penambahbaikan sistem penyampaian yang lebih berkesan. Antara cadangan yang dikemukakan oleh Pemudah ialah langkah untuk mempercepatkan urusan pindah milik hartanah. Selaras dengan cadangan ini, saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2008, taksiran duti setem boleh dibuat berdasarkan penilaian pihak swasta. Dengan ini, proses pindah milik boleh diteruskan sementara menunggu penilaian muktamad Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Pemudah juga sedang mengkaji prosedur pengeluaran lesen dan permit perniagaan dengan tujuan untuk mengurangkan bilangannya dan memendekkan tempoh pemprosesan melalui ICT. Usaha ini akan bermula dengan lesen serta permit bagi sektor pembuatan dan perhotelan. Selain itu, bilangan borang yang digunakan oleh jabatan kerajaan akan dikurangkan. Sebagai langkah permulaan, Jabatan Kastam akan menggabungkan 16 borang kastam kepada empat borang berkuatkuasa 1 Januari 2008.

Pembabitan sektor swasta dalam pelaksanaan Sistem Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) telah menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam. Dalam perkara ini, Kerajaan telah menggunakan prinsip akauntabiliti dan saling mempercayai bagi mengiktiraf sijil pengesahan yang dikeluarkan oleh profesional swasta.

Memandangkan tanggung jawab lebih besar golongan profesional, dan bagi melindungi kepentingan pengguna, Kerajaan mencadangkan potongan cukai diberikan ke atas premium insurans indemniti profesional. Selain itu, untuk meningkatkan akauntabiliti, Kerajaan mencadangkan semua perkhidmatan profesional dan juru perunding adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.


Memudahkan Kemasukan Pekerja Berkemahiran Tinggi

Mutu modal insan, terutamanya golongan profesional dan berkemahiran, adalah faktor kritikal bagi menarik pelaburan yang berkualiti. Dengan itu, di samping memperkasa modal insan tempatan, Kerajaan akan menggalak dan memudahkan kemasukan pekerja asing berkemahiran yang akan menambah nilai kepada ekonomi negara. Untuk ini, Jabatan Imigresen akan memendekkan tempoh memproses permit kerja kepada tujuh hari untuk pekerja berkemahiran berbanding dengan 14 hari sebelum ini.

Jabatan Imigresen juga akan memperkenalkan satu kategori visa baru bagi ahli perniagaan dan profesional asing yang mempunyai tempoh sah lebih panjang. Di samping itu, ciri-ciri lain bagi memudahkan proses kemasukan akan diperkenalkan. Semua langkah ini akan berkuatkuasa 1 Januari 2008.

Bilangan syarikat multinasional yang menubuhkan pejabat serantau di Malaysia kian meningkat. Mereka memerlukan kakitangan yang berkemahiran tinggi untuk kerap berulang alik ke negara ini. Adalah penting kemasukan mereka ke negara ini dipermudahkan.

Oleh yang demikian, mulai 1 Januari 2008, proses mendapatkan pas lawatan profesional bagi pekerja berpengetahuan akan dipercepatkan dengan membolehkan permohonan dibuat di pejabat kedutaan dan konsulat Malaysia di luar negara.

Kerajaan telah pun memperkenalkan multiple entry visa (MEV) bagi warganegara China dan India. Pada masa ini, visa tersebut hanya boleh dipohon di negara asal mereka. Kerajaan telah membuat keputusan supaya warga negara China dan India dibenarkan memohon MEV dari mana-mana tempat mereka bermastautin atau bekerja. Sebagai permulaan, kemudahan ini akan diperkenalkan di pusat kewangan antarabangsa, seperti New York, London, Hong Kong dan Singapura, berkuatkuasa 1 Januari 2008.


Meningkatkan Daya Saing Pasaran Modal

Pasaran modal negara telah berkembang pesat dan menjadi antara sumber modal yang penting bagi sektor korporat. Perkembangan pesat ini telah menyumbang kepada peningkatan keyakinan pelabur, terutamanya pelabur asing. Keyakinan ini jelas dicerminkan oleh prestasi Bursa Malaysia. Indeks Komposit Kuala Lumpur melonjak semenjak awal tahun ini, dan mencecah 1,299 mata pada 6 September 2007. Nilai pasaran modal juga telah mencapai satu trilion ringgit. Kini, pasaran modal negara adalah antara pasaran modal yang terbesar dan aktif di Asia Tenggara.

Antara faktor yang menyumbang kepada prestasi pasaran saham ialah kejayaan Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Modal pasaran 45 syarikat GLC telah meningkat sebanyak 129 bilion ringgit iaitu peningkatan sebanyak 61 peratus semenjak Program Transformasi GLC yang telah saya lancarkan pada Mei 2004.

Transformasi GLC menghasilkan faedah kepada pelbagai pihak, termasuk pelanggan, pekerja, pembekal, komuniti perniagaan Bumiputera serta Kerajaan. Syarikat sektor swasta lain juga telah berjaya melalui proses transformasi masing-masing. Dalam melangkah ke tahun 2020, saya yakin beberapa syarikat swasta, termasuk GLC, akan muncul sebagai juara serantau, setanding dengan syarikat bertaraf dunia.


Memperkukuh Tadbir Urus Korporat

Tadbir urus korporat yang baik adalah asas keyakinan pelabur terhadap pasaran modal negara. Saya mengalu-alukan tindakan tegas Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam menangani beberapa kes penyelewengan perakaunan sektor korporat. Semua pihak perlu melipat gandakan usaha bagi memantapkan lagi tahap tadbir urus korporat.

Ke arah ini, Kerajaan akan menubuhkan Lembaga Pengawasan Perakaunan Syarikat Awam di bawah kawal selia SC. Lembaga ini akan bertanggungjawab untuk mengawas juruaudit syarikat awam ke arah meningkatkan mutu dan kesahihan audit ke atas penyata kewangan syarikat awam.

Selain itu, Kod Tadbir Urus Korporat sedang dipinda untuk meningkatkan kualiti lembaga pengarah syarikat awam tersenarai dengan menetapkan kriteria kelayakan pengarah, jawatankuasa audit dan audit dalaman syarikat awam tersenarai. Pindaan ini akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2007. Untuk meningkatkan tadbir urus jawatankuasa audit, pengarah eksekutif tidak dibenar menganggotainya.

Di samping itu, penubuhan fungsi audit dalaman yang efektif diwajibkan bagi semua syarikat tersenarai. Lembaga Pengarah perlu memastikan skop tanggungjawab, seperti yang ditetapkan oleh SC, dilaksanakan oleh audit dalaman dengan berkesan.

Bagi syarikat dan syarikat perantara yang menunjukkan tahap tadbir urus yang tinggi, SC akan memberi status ‘laluan hijau’. Ini termasuk proses kelulusan yang lebih cepat bagi cadangan korporat mereka serta memanjangkan tempoh lesen daripada satu tahun kepada tiga tahun bagi perantara kewangan di peringkat syarikat dan dua tahun bagi individu.


Menggalakkan Penggabungan dan Pengambilalihan

Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kualiti syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Untuk itu, pengecualian duti setem telah diberi ke atas surat cara penggabungan dan pengambilalihan (M&A) syarikat tersenarai yang diluluskan oleh SC sehingga 31 Disember 2007. Bagi menggalakkan lebih banyak syarikat tersenarai melaksanakan M&A, pengecualian ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2010.

Kini terdapat lebih daripada seribu vendor dalam sektor petroleum dan gas yang dilesenkan oleh PETRONAS. Walau bagaimanapun, kebanyakannya hanya tertumpu kepada pasaran domestik. Syarikat-syarikat tersebut perlu bergabung untuk menjadi lebih besar dan berdaya saing di peringkat global. Oleh itu, Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem diberi ke atas semua surat cara bagi penggabungan syarikat vendor Petronas yang dilaksanakan sebelum 31 Disember 2010.


Syarikat Pengurusan Pelaburan

Bagi menggalakkan industri pengurusan pelaburan, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:

Pertama: Syarikat pengurusan dana dan syarikat pengurusan REITs dibenar mempunyai pegangan asing sehingga 70 peratus, dengan syarat pegangan Bumiputera tidak kurang daripada 30 peratus; dan

Kedua: SC akan memudahkan proses pelesenan serta segala urusan di antara pemohon dengan jabatan kerajaan yang lain bagi mempercepatkan proses penubuhan operasi syarikat pengurusan dana di Malaysia.


Struktur Komisen Yang Berdaya Saing

Untuk meningkatkan penyertaan pelabur runcit secara langsung dalam dagangan saham dan bagi menggalakkan penggunaan teknologi dalam pasaran modal, kadar komisen bagi dagangan internet dan transaksi tunai secara upfront boleh dirundingkan sepenuhnya. Langkah ini akan mengurangkan lagi kadar komisen.

Di samping itu, yuran penjelasan akan dikurangkan daripada 0.04 peratus kepada 0.03 peratus, dengan yuran maksimum sebanyak seribu ringgit. Caj minimum bagi transaksi pembrokeran ditetapkan pada kadar baru 40 ringgit bagi setiap transaksi. Langkah-langkah ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2008.


Menjadikan Malaysia Pusat Kewangan Islam Antarabangsa

Selaras dengan objektif Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC) untuk menjadikan Malaysia sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah, seperti berikut:

Pertama: Membenarkan syarikat pengurusan dana Islam memiliki sehingga 100 peratus pegangan asing;

Kedua: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyalurkan dana sebanyak tujuh bilion ringgit untuk diuruskan oleh syarikat pengurusan dana Islam;

Ketiga: Membenarkan keseluruhan aset yang diuruskan oleh syarikat pengurusan dana Islam dilaburkan di luar negara; dan

Keempat: Memberi pengecualian cukai pendapatan kepada syarikat pengurusan dana ke atas semua pendapatan yang diterima berkaitan aktiviti pengurusan dana Islam sehingga tahun taksiran 2016.

Dalam konteks membangunkan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa, penyertaan pakar terkemuka antarabangsa di semua bidang kewangan Islam adalah penting. Dengan itu, Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan diberi kepada juru perunding bukan pemastautin yang mempunyai kepakaran dalam kewangan Islam.


Menggalakkan Pelaburan Dari Timur Tengah

Untuk menarik pelaburan dari Timur Tengah, Kerajaan telah menyediakan insentif cukai bagi syarikat broker saham sedia ada untuk mewujudkan anak syarikat pembrokeran Islam. Bagi meneruskan usaha menggalakkan aliran masuk pelaburan dari Timur Tengah ke Malaysia, tiga lesen baru broker saham akan ditawarkan kepada syarikat terkemuka yang boleh menarik dana dan menjadi perantara bagi aliran perniagaan dan urus niaga dari Timur Tengah.


Industri Takaful

Industri takaful yang diwujudkan semenjak tahun 1985, telah berkembang dan kini mempunyai aset bernilai RM7.6 bilion. Untuk meningkatkan lagi perniagaan Takaful, Kerajaan mencadangkan untuk menambah baik layanan cukai, termasuk membenarkan potongan cukai ke atas perkongsian keuntungan yang diagihkan.


Meningkatkan Daya Saing Labuan Sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir

Dalam menghadapi persekitaran global yang lebih kompetitif, Kerajaan perlu memastikan Pusat Kewangan Antarabangsa Luar Pesisir Labuan terus berdaya saing. Para pelabur di Labuan menjalankan pelbagai perkhidmatan kewangan dan memerlukan layanan cukai yang lebih fleksibel. Dengan ini, Kerajaan mencadangkan syarikat luar pesisir Labuan diberi pilihan untuk dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, sebagai tambahan kepada pilihan semasa.


Merangsang Sektor Hartanah

Untuk menggalakkan sektor pembinaan hartanah, saya telah mengumumkan baru-baru ini pengecualian cukai keuntungan harta tanah. Bagi terus mempergiatkan sektor hartanah, terutamanya perumahan, Kerajaan mencadangkan pengecualian 50 peratus duti setem diberi ke atas surat cara pindah milik bagi sebuah rumah yang tidak melebihi RM250,000 seunit. Langkah ini akan mengurangkan kos pembelian sebuah rumah sehingga RM2,000.

Kerajaan berusaha untuk terus meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor hartanah. Untuk ini, Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) telah memperoleh beberapa hartanah di lokasi strategik untuk dibangunkan sebagai projek komersil bernilai tinggi.

Antara projek komersil ialah Penang Sentral yang merupakan projek terminal pengangkutan dan logistik bersepadu di Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Di samping itu, satu dana permulaan bernilai RM 400 juta telah diwujudkan oleh PHBB bagi meningkatkan pelaburan hartanah Bumiputera di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Dalam Bajet 2007, dana pelaburan strategik WPI telah ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM200 juta sebagai pemangkin pelaburan baru dalam sektor keutamaan di WPI. Dana ini telah berjaya mendapat komitmen sektor swasta untuk melabur lebih satu bilion ringgit untuk projek pendidikan, seperti universiti swasta. Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta, terutamanya untuk menarik pelaburan berkaitan perkhidmatan kesihatan.


Sektor Pertanian

Teras utama pembangunan sektor pertanian ialah untuk menjadikan sektor ini salah satu sumber utama pertumbuhan ekonomi negara. Untuk tujuan ini, sebanyak RM6.5 bilion diperuntukkan bagi sektor pertanian. Antara program yang akan dilaksanakan ialah meningkatkan pengeluaran padi, menggalakkan penanaman florikultur, herba dan rempah ratus.

Bagi sub sektor perikanan, peruntukan disediakan untuk meningkatkan hasil tangkapan ikan dan pengeluaran produk industri perikanan serta membangunkan industri akuakultur di bawah 39 projek berimpak tinggi. Peruntukan juga disediakan untuk pembangunan industri ternakan haiwan.

Di samping itu, beberapa sumber pertumbuhan baru dalam sektor pertanian telah dikenal pasti untuk dimajukan, seperti projek perintis pemprosesan minyak kelapa dara (virgin coconut oil), pengkomersilan produk nira nipah dan penternakan baka Kambing Boer.

Peruntukan juga akan disediakan bagi projek perintis penghasilan baja organik, penanaman menggunakan teknik penggabungan pembajaan dan pengairan serta pelaksanaan mekanisasi dan automasi untuk pekebun kecil.


Sektor Bioteknologi

Bioteknologi akan terus dibangunkan melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan teknologi bagi memupuk keusahawanan dan penyertaan aktif sektor swasta. Bagi tujuan ini, sebanyak RM236 juta disediakan dalam Bajet 2008. Antara projek yang akan dilaksanakan ialah perolehan teknologi, pembangunan pusat penyelidikan biodiversiti dan pusat komersialisasi bioteknologi, serta penyelidikan kompaun anti kanser.

Dalam usaha terus menggalakkan kerjasama antara syarikat bioteknologi dan universiti tempatan, syarikat berstatus Bionexus dibenar menggunakan makmal dan kemudahan penyelidikan di pusat-pusat universiti tempatan. Dengan ini, keupayaan kemudahan dan makmal penyelidikan di universiti tempatan dapat dioptimumkan.


Sektor ICT

Inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia telah masuk ke tahun ke sebelas pelaksanaannya. Industri ICT tempatan semakin matang dan berjaya. Sebahagian besar syarikat ICT tempatan berstatus MSC Malaysia mempunyai produk dan perkhidmatan bertaraf dunia dan telah bersedia untuk memasarkannya di pasaran global. Kerajaan akan menyokong usaha ini dengan mempergiatkan aktiviti pemasaran antarabangsa untuk membolehkan syarikat MSC Malaysia tempatan memperoleh lebih banyak projek antarabangsa.

Dalam usaha memperhebatkan lagi promosi MSC Malaysia di persada antarabangsa, Kerajaan akan menganjurkan Minggu ICT Dunia di Kuala Lumpur pada Mei 2008. Pelbagai persidangan dan ekspo ICT bertaraf antarabangsa akan berlangsung, termasuk persidangan World Congress on IT 2008, persidangan United Nations Global Alliance on ICT for Development dan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa MSC. Lebih lima ribu peserta antarabangsa dan tempatan dijangka mengambil bahagian dalam kesemua program tersebut. Adalah diharapkan lebih banyak syarikat ICT antarabangsa akan melabur dan bekerjasama dengan syarikat tempatan.

Pelbagai langkah akan diambil untuk menambah lagi daya tarikan Cyberjaya sebagai Bandar Siber utama yang dapat terus menarik syarikat teknologi bertaraf dunia. Ini termasuk pembinaan sekolah antarabangsa dan perumahan mampu milik serta mempertingkatkan tahap keselamatan di Cyberjaya.


Sektor Pelancongan

Program Tahun Melawat Malaysia 2007 telah berjaya menarik lebih ramai pelancong. Sehingga Jun, seramai 10.7 juta pelancong telah melawat Malaysia berbanding dengan 8.6 juta pelancong dalam tempoh yang sama tahun 2006. Ini adalah pencapaian yang cemerlang. Untuk meningkatkan lagi daya tarikan negara sebagai destinasi pelancongan utama, Kerajaan memperuntukkan RM858 juta bagi pelaksanaan pelbagai program, termasuk penyediaan dan peningkatan kemudahan pelancongan serta mempelbagaikan produk pelancongan.

Peruntukan sebanyak RM22 juta disediakan untuk meningkatkan aktiviti homestay bagi 47 buah kampung terpilih. Di samping itu, pembangunan projek ekopelancongan akan dilaksanakan untuk menjana pendapatan penduduk luar bandar dan masyarakat Orang Asli.


Menggalakkan Perkembangan Perusahaan Kecil Dan Sederhana

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dikenal pasti sebagai peneraju penting pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif untuk membangunkan sektor ini. Kerajaan sedar PKS mungkin menghadapi kesukaran aliran tunai pada peringkat awal penubuhan. Bagi mengurangkan beban ini, Kerajaan mencadangkan syarikat PKS diberi fleksibiliti membayar cukai pada akhir tahun kewangan dan bukannya secara ansuran bulanan. Kelonggaran ini adalah untuk tempoh dua tahun mulai tarikh syarikat memulakan operasi.

STRATEGI KEDUA: MEMPERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Modal insan berkualiti adalah antara faktor terpenting dalam memastikan Malaysia mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju. Oleh itu, aspek kualiti pendidikan dan latihan terus diberi penekanan.


Memperkasa Sekolah Rendah dan Menengah

Sejumlah RM 30 bilion disediakan bagi Kementerian Pelajaran. Peruntukan ini turut merangkumi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, termasuk Program Sekolah Cemerlang, memartabat profesion keguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar.

Untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi sekolah, 60 buah sekolah kluster akan diwujudkan dalam tahun 2008. Peruntukan berjumlah 500 ribu ringgit akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk tujuan aktiviti ko-kurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran.


Pendidikan Percuma Untuk Semua

Kerajaan komited melaksanakan langkah progresif untuk meningkatkan akses dan mengurangkan kos pendidikan. Pada tahun lalu, saya telah mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Sebagai tambahan, saya ingin mengumumkan yuran peperiksaan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia akan dimansuhkan. Dengan itu, yang tinggal hanya yuran tahunan sekolah rendah dan menengah. Saya juga sukacita mengumumkan, mulai tahun 2008, yuran sekolah ini turut dimansuhkan.

Saya juga ingin mengumumkan bahawa bermula sesi persekolahan tahun hadapan, Skim Pinjaman Buku Teks akan diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak. Peluasan Skim ini akan memberi manfaat kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta pelajar pada masa ini. Dengan langkah-langkah ini, pendidikan di negara ini adalah seratus peratus percuma.

Penyertaan pelajar secara aktif dalam kegiatan ko-kurikulum, seperti badan beruniform, persatuan dan kelab serta sukan, adalah penting dalam membantu pembentukan sahsiah dan membina kualiti kepimpinan pelajar. Bagi memastikan bahawa setiap pelajar mendapat peluang untuk membabitkan diri di dalam aktiviti kokurikulum beruniform, Kerajaan akan memberi sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan kepada pelajar sekolah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah seribu ringgit sebulan dan ke bawah.


Memartabatkan Profesion Keguruan

Untuk mengiktiraf peranan penting guru dan memartabatkan profesion keguruan, Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah berikut:

Pertama: Meningkatkan elaun guru pendidikan khas daripada RM100 kepada RM250 ringgit sebulan;

Kedua: Menaikkan kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada RM85 kepada RM150 sehari; dan

Ketiga: Menyediakan elaun sebanyak RM60 sejam bagi lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

Guru-guru yang telah bersara masih berupaya menyumbang kepada bidang pendidikan. Pengetahuan dan pengalaman luas mereka harus dimanfaatkan sepenuhnya. Untuk ini, guru-guru pesara akan diambil untuk berkhidmat sebagai guru ganti dan tenaga pengajar untuk guru pelatih.


Peranan Badan Amal Dalam Pendidikan

Kerajaan menghargai usaha badan amanah dan pertubuhan amal yang membiayai dan mengurus dengan baik sebilangan sekolah rendah dan menengah. Bagi menyokong usaha tersebut, Kerajaan mencadangkan sekolah-sekolah ini diberikan pengecualian cukai pendapatan. Pengecualian ini akan memberi manfaat, khususnya kepada sekolah Cina dan Tamil serta sekolah agama.


Memantapkan Pengajian Tinggi

Pada 27 Ogos lalu, Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dilancarkan. Pelan itu bertujuan untuk mentransformasikan sektor pengajian tinggi negara bagi menghasilkan modal insan kelas pertama serta membangunkan institusi pengajian tinggi bertaraf dunia.

Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek dan program, antaranya:

Pertama: Meningkatkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan di empat buah Universiti Penyelidikan;

Kedua: Meningkatkan peruntukan kepada Universiti Teknologi Mara bagi mencapai sasaran 200,000 mahasiswa menjelang tahun 2010;

Ketiga: Menaik taraf serta memperluaskan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman dan Universiti Pertahanan; dan

Keempat: Menjenamakan semula kolej komuniti melalui penyediaan kursus di peringkat diploma, menubuhkan kolej komuniti baru dan menggiatkan kolaborasi dengan syarikat swasta.

Pada masa ini, lebih 90,000 orang pelajar yang ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Mara di universiti tempatan. Walaupun begitu, masih ada kekurangan pelajar dalam beberapa bidang khusus. Oleh itu, Kerajaan akan meningkatkan jumlah pelajar Ijazah Pertama yang ditaja oleh JPA di universiti tempatan daripada lima ribu setahun kepada sepuluh ribu orang pelajar mulai 2008.


Kenaikan Kadar Biasiswa

Kerajaan sedar bahawa kos sara hidup pelajar telah meningkat. Oleh yang demikian, Kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan, termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa. Peningkatan elaun itu adalah di antara 23 peratus dan 84 peratus. Kadar baru ini berkuatkuasa mulai semester pertama sesi 2007. Lebih 90,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada kenaikan ini.

Pada masa ini, Kerajaan menaja seramai 17,000 ribu pelajar di universiti luar negeri. Kerajaan telah pun meningkatkan elaun sara hidup di Australia, New Zealand, Mesir dan Korea Selatan pada tahun 2006. Kini, Kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sehingga 97 peratus, iaitu hampir dua kali ganda, berkuatkuasa September 2007.


Mempertingkatkan Program Latihan dan Kemahiran

Sejumlah RM2 bilion telah diperuntukkan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan untuk meningkatkan bilangan dan kualiti pekerja terlatih selaras dengan keperluan pasaran. Daripada jumlah itu, RM480 juta diperuntukkan untuk program latihan GiatMara dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta latihan kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara.

Bagi meningkatkan kapasiti institusi latihan, RM550 juta diperuntukkan untuk menaik taraf politeknik dan kolej komuniti. Sejumlah RM750 juta pula diperuntukkan untuk membina sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Taiping dan sebuah ILP di Marang. Peruntukan ini juga akan digunakan untuk menaik taraf ILP dan ADTEC di seluruh negara dan untuk membina lapan buah MRSM, empat buah IKM dan 28 pusat GiatMara.

Skop Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan diperluaskan. Kelonggaran akan diberikan kepada syarikat untuk memilih program latihan dan pendidikan lanjutan kepada kakitangan. Bagi tujuan ini, Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 akan dipinda untuk membolehkan majikan:

Pertama: Mendapat bantuan kewangan bagi melatih pekerjanya sehingga ke peringkat sarjana atau ijazah doktor falsafah, terutamanya dalam bidang teknologi baru dan teknologi tinggi;

Kedua: Mendapat bantuan kewangan bagi melatih pekerja walaupun majikan itu mempunyai tunggakan levi atau tunggakan faedah atas levi; dan

Ketiga: Menyediakan peluang latihan amali di premis mereka kepada pelajar universiti atau pelatih institusi latihan.

Bagi menampung kekurangan pekerja mahir dalam sektor pembinaan, penggunaan tabung Lembaga Kemajuan Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan dipertingkatkan. Untuk tujuan ini, CIDB akan melaksanakan Program Latihan Masterskills yang meliputi kemahiran dalam pengurusan dan pembinaan fizikal. Bagi tahun 2008, seramai 50,000 pekerja dalam sektor pembinaan akan dilatih dalam program ini dengan kos berjumlah RM100 juta.


Pembelajaran Sepanjang Hayat

Saya sering menekankan peri pentingnya untuk kita sentiasa menambah nilai pada diri. Bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat Malaysia, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga RM5,000 ke atas yuran pengajian diperluaskan kepada semua bidang di peringkat pasca ijazah.


Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan

Kerajaan akan mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan, terutamanya pengkomersilan penemuan R&D tempatan. Bagi tahun 2008, Dana Sains diperuntukkan RM230 juta dan RM300 juta disediakan untuk Dana Tekno. Selain itu, RM546 juta disediakan bagi program R&D institusi penyelidikan. Untuk memudah dan mempercepatkan pengeluaran dana R&D pertanian, sejumlah RM300 juta dipindahkan daripada baki siling Dana Sains dan Dana Tekno kepada Kementerian Pertanian.

Kerajaan akan terus menyokong aktiviti R&D dan pengkomersilan. Pada masa ini, pembahagian royalti pengkomersilan R&D adalah 50 peratus kepada institut penyelidikan dan baki 50 peratus dibahagi di antara institut penyelidikan dan penyelidik. Untuk menggalakkan lebih banyak aktiviti pengkomersilan serta untuk memberi insentif lebih baik kepada penyelidik, kadar pembayaran royalti kepada penyelidik ditingkatkan kepada 80 peratus dan baki 20 peratus kepada institut penyelidikan.

Pejabat Pelesenan Teknologi (TLO) telah ditubuhkan di institusi penyelidikan, seperti SIRIM dan Universiti Sains Malaysia. Pejabat ini didapati efektif dalam menyelaras kegiatan R&D serta perolehan paten. Oleh itu, lebih banyak pejabat TLO akan ditubuhkan di pusat penyelidikan dan universiti awam yang lain.


Pembangunan Modal Insan ICT

Bagi memastikan bekalan tenaga kerja berkemahiran tinggi menepati permintaan industri ICT, Knowledge Workers Development Institute akan dibangunkan di Cyberjaya. Sebuah Pusat Animasi Digital MSC Malaysia juga akan diwujudkan di Cyberjaya untuk menyokong pembangunan industri animasi digital serta meningkatkan kepakaran tempatan dalam bidang itu.


Membangun Masyarakat Berpengetahuan

Selaras dengan usaha mewujudkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan merapatkan jurang digital, satu sasaran utama Kerajaan adalah untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar 50 peratus daripada isi rumah menjelang tahun 2010, berbanding dengan 12 peratus pada masa ini.

Untuk itu, perkongsian awam dan swasta yang efektif adalah perlu untuk mempercepatkan pelaksanaan peluasan jalur lebar. Satu langkah yang akan dilaksanakan ialah menggalakkan pemaju menyediakan infrastruktur telekomunikasi di kawasan perumahan baru. Kerajaan juga akan meningkatkan pemantauan terhadap kemajuan penyedia perkhidmatan dalam memperluaskan aplikasi jalur lebar.

Kerajaan juga mencadangkan:

Pertama: Penyedia kemudahan rangkaian sambungan terakhir diberi Elaun Pelaburan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal infrastruktur bagi perkhidmatan jalur lebar sehingga 31 Disember 2010;

Kedua: Pengecualian duti import dan cukai jualan diberikan ke atas peralatan jalur lebar dan peralatan capaian pengguna; dan

Ketiga: Potongan cukai diberi kepada majikan yang menyediakan manfaat komputer baru dan pembayaran langganan jalur lebar bagi kakitangan. Manfaat yang diterima oleh kakitangan juga diberi pengecualian cukai.

STRATEGI KETIGA: MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT


Program Perumahan untuk Rakyat

Satu langkah penting bagi membantu golongan berpendapatan rendah menikmati taraf hidup yang lebih selesa ialah dengan menyediakan perumahan mampu milik yang mencukupi. Selaras dengan hasrat itu, Kerajaan akan mempergiatkan lagi program pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana.

Sejumlah RM381 juta disediakan bagi melaksanakan perumahan rakyat kos rendah. Daripada jumlah itu, RM191 juta diperuntukkan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa dan RM190 juta bagi PPR Bersepadu. Pada masa ini, 12,000 unit PPR Disewa dan 25,000 unit PPR Bersepadu sedang dalam peringkat pelaksanaan.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan juga mempergiatkan pembinaan rumah bagi golongan berpendapatan rendah, seperti berikut:

Pertama: 6,000 unit di bawah Program Pemulihan Rumah Terbengkalai;

Kedua: 36,000 unit di bawah Program Perumahan Mampu Milik; dan

Ketiga: 4,000 unit di bawah Program Rumah Mesra Rakyat.

Kerajaan amat prihatin atas kesukaran golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap, seperti petani dan pengusaha kecil, mendapatkan pinjaman bank untuk membiayai pembelian rumah kos rendah dan sederhana. Ini termasuk mereka yang mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman perumahan tetapi tidak dapat menyediakan bukti pendapatan mereka.

Dengan itu, Kerajaan akan menyediakan dana sebagai jaminan kepada bank untuk memberi pinjaman perumahan kepada golongan ini. Sebagai permulaan, RM50 juta telah disediakan sebagai jaminan kepada Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam Berhad, berkuatkuasa 1 Januari 2008. Kerajaan yakin kemudahan ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memperoleh pinjaman perumahan.

Rumah adalah aset terpenting. Lazimnya, nilai rumah bukan saja terus meningkat dalam jangka panjang, bahkan rumah merupakan jaminan kesejahteraan masa hadapan. Sebahagian besar daripada pendapatan bulanan rakyat dibelanjakan untuk bayaran bulanan pinjaman perumahan.

Untuk meringankan beban ini, sukacita saya mengumumkan bahawa Kerajaan akan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan baki dalam Akaun 2 setiap bulan untuk tujuan membantu pembayaran ansuran pinjaman perumahan. Setiap pencarum dibenarkan menggunakan kemudahan ini untuk membiayai pinjaman sebuah rumah, berkuatkuasa 1 Januari 2008.

Ini adalah satu langkah penting yang akan memberi manfaat kepada semua lima juta pencarum aktif KWSP. Skim ini akan membolehkan pencarum memiliki rumah yang lebih selesa serta meringankan beban kewangan mereka. Skim ini akan membolehkan sebanyak RM9.6 bilion setahun dikeluarkan oleh pencarum untuk membeli rumah.

Sebanyak 9,600 unit kuarters telah siap dibina di seluruh negara pada tahun 2007 untuk menyediakan perumahan yang mencukupi bagi kakitangan Kerajaan, manakala 13,000 unit lagi dijangka siap pada tahun 2008. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM887 juta pada 2008 untuk membina lebih banyak kuarters kakitangan awam di seluruh negara.


Pengangkutan Awam Yang Cekap

Kerajaan sedar bahawa sistem pengangkutan awam yang efisien dan selesa adalah penting, khasnya untuk golongan berpendapatan rendah. Sistem pengangkutan yang cekap juga perlu untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya dan meningkatkan produktiviti.

Untuk ini, Kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang komprehensif, termasuk rel dan bas, khususnya di bandar-bandar utama. Dalam tempoh empat tahun yang akan datang, sebanyak RM12 bilion akan dibelanjakan untuk meningkatkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di Pulau Pinang, Lebuh Raya Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) akan mula dilaksanakan secara tender dalam tempoh terdekat. Bandar-bandar utama lain akan turut disediakan dengan sistem pengangkutan awam yang selesa.


Pembangunan Seimbang

Satu agenda terpenting Kerajaan adalah untuk memastikan pembangunan tersebar luas ke seluruh negara. Ke arah ini, pembangunan koridor ekonomi terus dipergiatkan, bermula dengan Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Saya bersyukur kedua-dua rancangan besar ini telah diterima baik oleh rakyat. Seterusnya, Wilayah Ekonomi Pantai Timur serta Koridor Sabah dan Koridor Sarawak akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada usaha membangunkan negeri Sabah dan Sarawak. Sejumlah empat bilion ringgit disediakan untuk melaksanakan pelbagai projek bagi meningkatkan kualiti hidup di Sabah. Di antara projek utama ialah pembinaan Jalan Kota Marudu-Ranau, Jalan Lingkaran Utara Sandakan, menaik taraf Jalan Kota Belud-Langkon, perkhidmatan kesihatan luar bandar, kemudahan hospital, perumahan kos rendah, bekalan elektrik dan air serta menaik taraf jalan dan rel kereta api.

Sejumlah RM4 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak. Antara projek utama adalah pembinaan Jalan Kota Samarahan - Gumpeh, menaik taraf Jalan Kuching - Sibu, perkhidmatan kesihatan luar bandar, Universiti Putra Malaysia, IKM Bintulu, projek bekalan air dan elektrik serta projek pembetungan dan projek gantian Jambatan Batang Lupar, Samarahan. Saya yakin projek-projek ini akan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Sarawak.

Mulai tahun 2006, Kerajaan juga telah melaksanakan projek bekalan elektrik bagi sekolah-sekolah di negeri Sarawak dengan peruntukan satu bilion ringgit. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini. Projek yang sama akan dilaksanakan di Sabah pada tahun 2008.

Bagi mempergiatkan aktiviti pelancongan di Sabah dan Sarawak, sejumlah RM200 juta disediakan di bawah Tabung Infrastruktur Pelancongan yang diuruskan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Keutamaan akan diberi kepada projek pelancongan yang memanfaatkan kekayaan semula jadi Sabah dan Sarawak.

Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup Bumiputera, termasuk kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu di Sarawak serta kaum Kadazan-Dusun, Melayu, Bajau dan Murut di Sabah. Untuk tujuan ini, sebanyak RM800 juta diperuntukkan bagi Sarawak dan Sabah. Di antara langkah yang akan dilaksanakan, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, termasuk program perumahan, latihan kemahiran dan keusahawanan, projek bekalan elektrik dan air, jalan kampung dan pendidikan prasekolah.


Membasmi Kemiskinan Tegar

Kerajaan komited untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2010. Selaras dengan ini, sejumlah RM214 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Kerajaan akan menekankan, antara lain, langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah, memperkukuh pembangunan modal insan serta memberi bantuan perumahan kepada golongan miskin tegar.

Di samping itu, sejumlah RM117 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Pengurangan Kemiskinan dan Program Lonjakan Mega. Program ini adalah pembangunan bersepadu untuk menjana pendapatan penduduk di kawasan kurang maju dan terpencil.


Kemiskinan Bandar

Langkah akan terus diambil untuk mengatasi kemiskinan bandar, termasuk pembinaan rumah kos rendah dengan bilangan yang mencukupi, penyediaan peluang pekerjaan serta pembaikan kemudahan dan pengangkutan awam.

Bagi menggalakkan lebih ramai individu memulakan perniagaan sendiri, pelbagai program keusahawanan dan latihan kemahiran telah disediakan. Bagi tujuan ini, kemudahan sedia ada di kawasan bandar akan ditambah untuk menyediakan latihan bagi pelajar yang tercicir untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan, khasnya mereka yang tidak tamat persekolahan di peringkat PMR dan SPM.

Dalam konteks ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan berjumlah RM30 juta untuk NGO mengadakan program latihan yang bersesuaian bagi golongan pelajar tercicir, serta memperluaskan program Kolej Komuniti dan GiatMara ke kawasan bandar.


Pembangunan Luar Bandar

Kerajaan bertekad untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar. Sehubungan ini, pelbagai program akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat desa melalui penyediaan prasarana asas, seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, usaha turut dilaksanakan untuk menyediakan kemudahan ICT di luar bandar.

Pada 2008, sebanyak RM680 juta disediakan untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung, RM462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik luar bandar, RM70 juta untuk kemudahan sosial dan RM15 juta bagi pendidikan ICT di luar bandar. Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperuntukkan RM45 juta bagi melaksanakan projek SchoolNet untuk menyediakan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah.


Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat Orang Asli

Kerajaan komited untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli. Ke arah ini, RM170 juta diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk melaksanakan pelbagai program dan projek. Sejumlah RM50 juta daripada peruntukan tersebut disediakan bagi Program Bantuan Rumah dan kemudahan sosial di kawasan penempatan Orang Asli.


Belia dan Sukan

Generasi muda harus dipupuk dengan kualiti kepimpinan dan sikap positif. Untuk tujuan ini, program belia dan sukan adalah penting dalam pembentukan peribadi. Sejumlah RM984 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan belia dan sukan, termasuk Program Rakan Muda. Sejumlah RM677 juta disediakan bagi melatih seramai 110,000 remaja di bawah Program Latihan Khidmat Negara.

Untuk mempromosikan sukan di kalangan rakyat, sejumlah RM217 juta disediakan untuk membiayai projek berkaitan sukan. Ini termasuk menaik taraf dan menyelenggarakan kompleks dan kemudahan sukan negeri serta kompleks sukan komuniti. Sebagai tambahan, untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai individu sehingga RM300 setahun diberi ke atas pembelian peralatan sukan dan senaman.


Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Kekuatan Malaysia turut terbina atas penyertaan wanita dalam pembangunan negara. Kebolehan dan keupayaan wanita telah digilap sepenuhnya tanpa diskriminasi. Status wanita di Malaysia dapat dibanggakan berbanding banyak negara. Wanita terus diberi peluang yang sama untuk menjawat jawatan penting. Kerajaan akan memastikan bahawa bakat dan potensi wanita terus dimanfaatkan sepenuhnya.

Bagi tahun 2008, Kerajaan memperuntukkan RM782 juta untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Antara program dan projek yang akan dilaksanakan merangkumi program pembangunan kapasiti dan kemahiran wanita, khususnya ibu tunggal, serta usaha mengimarah Rumah Nur.

Kerajaan akan menggalakkan kaum ibu untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di rumah. Ini akan memberi peluang pekerjaan bagi suri rumah di samping membolehkan lebih ramai wanita untuk menyertai pasaran kerja. Untuk tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan permulaan sebanyak sepuluh juta ringgit bagi membolehkan NGO memberi latihan kepada suri rumah mengenai kaedah penjagaan bayi dan kanak-kanak.

Pendidikan awal adalah penting dalam usaha membentuk kanak-kanak menjadi insan cemerlang. Untuk tujuan ini, program pendidikan prasekolah akan diperluaskan dengan membina sebanyak 280 buah Tabika baru di seluruh negara dengan peruntukan RM105 juta. Dengan ini, bilangan Tabika akan bertambah kepada lebih 7,600 buah bagi menampung hampir 300,000 kanak-kanak berumur di antara empat dan enam tahun.

Sejumlah RM270 juta disediakan bagi pembayaran elaun kakitangan kontrak KEMAS dan RM134 juta untuk makanan tambahan, geran perkapita serta program peningkatan kelayakan akademik guru Taska dan Tabika. Pada tahun 2008, tiga Pusat Anak Permata Negara akan beroperasi, menjadikan jumlah keseluruhan 15 pusat bagi membantu dan memudah cara proses pendidikan awal anak.

Untuk mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami dan isteri, serta menjamin kesejahteraan keluarga, Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem sepenuhnya diberi ke atas pindah milik hartanah daripada suami kepada isteri. Dalam keadaan di mana isteri hendak memindahkan hartanah kepada suami, pengecualian ini juga akan terpakai.


Menjamin Kebajikan Warga Emas

Ramai pesara bergantung kepada pendapatan daripada simpanan untuk keperluan kewangan mereka apabila tidak lagi bekerja. Untuk membantu golongan ini meningkatkan pulangan daripada simpanan mereka, bon bernilai RM2 bilion akan diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk dilanggan oleh warga emas berumur 55 tahun dan ke atas yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Kadar maksimum bon yang boleh dilanggan adalah RM50,000 seorang dengan tempoh matang selama tiga tahun dengan kadar pulangan lima peratus. Penerbitan bon ini adalah lanjutan kepada bon-bon yang pernah diterbitkan bernilai RM3.5 bilion.

Bagi mengurangkan beban kewangan warga emas yang miskin dan berkeperluan, Kerajaan akan menaikkan kadar bantuan mereka daripada RM200 sebulan kepada RM300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari 2008.

Jabatan Kebajikan Masyarakat mengendalikan sembilan buah Rumah Seri Kenangan di seluruh negara yang menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk 2,000 warga emas. Di samping itu, terdapat 148 rumah warga emas yang dikendalikan oleh NGO menempatkan 3,700 warga emas. Untuk menambah kemudahan sedia ada, Kerajaan akan membantu NGO dengan memperuntukkan geran sepadan sejumlah RM25 juta.


Bantuan Kebajikan Untuk Orang Kurang Upaya

Kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan masyarakat OKU. Untuk membantu mereka, Kerajaan akan:

Pertama: Menaikkan kadar elaun bulanan pekerja OKU kepada RM300 daripada RM200;

Kedua: Memberi bantuan khas sebanyak RM300 sebulan kepada penjaga OKU yang terlantar dan pesakit yang mengidap penyakit kronik; dan

Ketiga: Membenarkan potongan cukai kepada majikan ke atas kos pengubahsuaian tempat kerja bagi pekerja OKU untuk menggalakkan sektor swasta mengambil lebih ramai pekerja OKU.

Golongan OKU adalah sebahagian daripada tenaga kerja yang perlu turut digembleng supaya dapat sama-sama menyumbang kepada negara. Bagi sesetengah pekerjaan seperti pekerja di plaza tol, pemasang di kilang, telefonis dan beberapa jenis pekerjaan yang lain, golongan OKU seharusnya diberikan keutamaan untuk menyertainya. Oleh itu, saya menyeru pihak majikan agar memberi lebih banyak peluang kepada golongan ini.


Kesihatan Kunci Kecemerlangan

Kerajaan akan terus melaksanakan langkah bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang memuaskan. Untuk ini, sejumlah RM13 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital, memperoleh bekalan ubat dan menyediakan kemudahan peralatan kesihatan. Antara projek utama yang akan dilaksanakan pada tahun 2008 adalah pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Hospital Kluang, Hospital Tampin, Hospital Rehabilitasi Cheras, serta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

Peruntukan bernilai RM76 juta disediakan untuk memperkukuhkan kawalan penyakit berjangkit, perkhidmatan di unit rawatan rapi dan perkhidmatan dialisis di hospital kerajaan. Untuk mengatasi kekurangan jururawat, Kerajaan akan melatih lebih ramai jururawat di pusat latihan swasta.

Untuk mengekalkan Pegawai Pakar Perubatan Kerajaan di hospital atau klinik Kerajaan, Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) akan dilaksanakan di hospital. Pakar perubatan dibolehkan menerima sebahagian daripada bayaran yang dikenakan ke atas pesakit FPP, berkuatkuasa 1 Januari 2008.

Untuk menggalakkan sektor swasta melabur dalam kemudahan makmal bertaraf antarabangsa bagi tujuan menguji peralatan perubatan, Kerajaan mencadangkan galakan Taraf Perintis 100 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus selama lima tahun diberi kepada syarikat yang melabur dalam aktiviti berkenaan.


Menyemai Tanggungjawab Sosial Korporat

Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh semua syarikat swasta, terutamanya syarikat awam tersenarai (PLC). Kerajaan percaya bahawa syarikat yang terlibat dalam kegiatan CSR akan menikmati manfaat daripada usaha murni ini dalam jangka masa panjang, di samping memberi sumbangan ke arah kesejahteraan masyarakat.

Dalam Bajet 2007, Kerajaan telah mengumumkan bahawa semua syarikat PLC perlu menzahirkan aktiviti CSR sebagai sebahagian daripada laporan kewangan tahunan syarikat. Mulai tahun kewangan 2008, penzahiran penyata CSR perlu juga merangkumi komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan gender, serta program untuk membangunkan vendor tempatan dan Bumiputera. Kelebihan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum harus di manfaatkan oleh syarikat swasta dengan mengambil kakitangan dari semua lapisan masyarakat.

Kerajaan sedar bahawa sektor swasta telah berjaya melaksanakan dengan berkesan beberapa projek CSR untuk meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah. Dengan itu, Kerajaan ingin menyokong usaha ini dengan menubuhkan satu dana CSR berjumlah RM50 juta untuk membiayai bersama projek CSR yang wajar diberi bantuan pembiayaan Kerajaan. Ini termasuk membaik pulih rumah usang milik golongan miskin dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Kerajaan menghargai usaha syarikat swasta yang kerap menyediakan kemudahan awam untuk memberi faedah besar kepada masyarakat setempat, seperti pembinaan jejantas dan taman permainan. Dengan itu, Kerajaan bercadang agar potongan cukai diberikan ke atas perbelanjaan bagi pelaburan sedemikian, sungguhpun kemudahan ini juga memberi faedah sampingan kepada syarikat berkenaan.

Program Pintar telah dilancarkan bagi tujuan pengambilan sekolah angkat oleh GLC. Semasa melancarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara di Perak, saya telah mengumumkan program Pintar akan diperluaskan ke seluruh negara dengan membabitkan semua syarikat swasta. Bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya, Kementerian Kewangan akan menubuhkan urus setia tetap untuk menguruskan program Pintar. Di antara inisiatif baru Pintar yang akan dilaksanakan pada tahun 2008 ialah sumbangan komputer terpakai kepada sekolah angkat.


Keselamatan Awam

Keselamatan awam adalah prasyarat untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat. Kerajaan komited untuk membanteras jenayah. Sejumlah RM6 bilion diperuntukkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2008.

Kerajaan akan meningkatkan pengawasan polis, terutamanya di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah. Selaras dengan ini, keupayaan dan kecekapan PDRM akan dipertingkatkan dengan pengambilan 60,000 anggota polis baru dalam tempoh lima tahun. Pegawai penyiasat dan penolong pegawai penyiasat akan dibekalkan dengan tambahan 2,000 unit kereta nasional dan 1,600 komputer. Manakala, 1,900 motosikal disediakan untuk meningkatkan aktiviti pengawasan dan rondaan polis. Unit Bergerak Forensik PDRM juga akan ditubuhkan di setiap kontinjen polis.

Kerajaan akan memasang lebih banyak CCTV yang dihubungkan ke pusat kawalan polis. Saya juga menyarankan supaya rakyat membantu polis dalam membanteras jenayah dengan memberi maklumat yang perlu, dan mengambil langkah untuk mengurangkan risiko berlakunya jenayah.

Bagi menyokong sektor swasta mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan mereka, terutamanya di premis kilang, Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut dalam tempoh satu tahun akan diberi ke atas pembelian alat kawalan dan keselamatan.


Memupuk Budaya Penyelenggaraan

Budaya penyelenggaraan yang baik perlu diamalkan sepenuhnya. Ini adalah penting bagi mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan penggunaan kemudahan awam. Untuk mencapai objektif ini, anjakan minda perlu di semua peringkat Kerajaan serta sektor swasta. Kita hanya akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada kemudahan kelas pertama jika ia disertai dengan budaya penyelenggaraan yang juga kelas pertama.

Kerajaan akan terus memastikan peruntukan penyelenggaraan awam digunakan dengan efisien dan efektif oleh agensi pelaksana. Peruntukan bagi penyelenggaraan terus ditambah. Untuk tahun 2008, sejumlah RM9.7 bilion diperuntukkan bagi pelbagai jenis penyelenggaraan.

Untuk memastikan peruntukan ini dimanfaatkan sepenuhnya, Kementerian dan agensi tidak akan dibenarkan untuk membuat pindah peruntukan untuk membiayai aktiviti lain.

Tindakan tegas akan diambil terhadap penjawat awam yang mengabaikan kerja-kerja penyelenggaraan.


Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air

Bekalan air bersih adalah keperluan asas rakyat. Kerajaan telah berjaya meningkatkan liputan bekalan air di dalam negara. Kini, sebanyak 95 peratus rakyat mempunyai akses kepada bekalan air bersih, meningkat dua kali ganda berbanding dengan 48 peratus pada tahun 1970. Sungguhpun demikian, keperluan untuk menambah kapasiti bekalan air bersih kian meningkat. Oleh itu, Kerajaan telah memulakan penstrukturan semula industri perkhidmatan air supaya lebih bermutu dan mapan. Penstrukturan semula ini membabitkan, antara lain, pengambilalihan hutang kerajaan negeri berjumlah 7.6 bilion ringgit oleh Pengurusan Aset Air Berhad, sebuah syarikat milik Kerajaan Persekutuan. Saya yakin semua kerajaan negeri akan bekerjasama dalam usaha penstrukturan ini untuk sama-sama memastikan skim ini berjalan lancar.


Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Kerajaan komited untuk memastikan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan pemeliharaan alam sekitar. Fenomena perubahan iklim dan kejadian pencemaran menjadi cabaran besar di peringkat global dan serantau, baik bagi negara maju mahupun negara membangun. Perkara ini harus ditangani dengan tegas dan berani oleh setiap sektor dan setiap warga.

Sejumlah RM1.1 bilion disediakan bagi projek tebatan banjir untuk mengurangkan kejadian banjir di seluruh negara. Ini termasuk projek tebatan banjir di Sungai Muda, Sungai Kelantan, Sungai Damansara, Sungai Prai dan Projek Mengatasi Banjir Kuala Lumpur. Peruntukan sebanyak 120 juta ringgit disediakan bagi program pemuliharaan dan pembersihan serta pengindahan sungai di seluruh negara.

Untuk terus menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap dan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, Kerajaan mencadangkan beberapa penambahbaikan ketara dari segi insentif cukai yang disediakan, termasuk Elaun Cukai Pelaburan ke atas perbelanjaan untuk penjimatan tenaga dan penjanaan sendiri tenaga boleh diperbaharui.

Malaysia mempunyai potensi untuk mendapat manfaat daripada pelaburan dalam projek pengurangan pelepasan gas “greenhouse” yang menyumbang kepada pemanasan global. Di bawah Protokol Kyoto, syarikat yang berjaya mengurangkan pelepasan gas “greenhouse” akan diberi sijil Certified Emission Reduction (CER) yang boleh diperdagangkan. Bagi menggalakkan syarikat menyertai projek ini, pendapatan yang diterima daripada perdagangan sijil CER diberi pengecualian cukai.


Memperkaya Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Malaysia kaya dengan budaya, seni dan warisan yang harus dihayati semua rakyat. Sejumlah RM733 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program kebudayaan, kesenian dan warisan. Di antara program yang akan dilaksanakan adalah untuk menaik taraf Perpustakaan Negara, program latihan serta khidmat nasihat kesenian dan kebudayaan di bawah Skim Penajaan Seni Budaya. Selain itu, peruntukan juga disediakan kepada FINAS serta Muzium Tekstil Negara.


Peranan Penting Perkhidmatan Awam

Kerajaan menghargai peranan penting anggota perkhidmatan awam dan akan terus memberi perhatian kepada prestasi dan kebajikan kakitangan awam. Saya telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 7.5 peratus hingga 42 peratus di samping penambahan COLA. Ini membabitkan tambahan perbelanjaan RM8 bilion setahun. Saya yakin kenaikan gaji dan elaun ini akan mendorong kakitangan awam untuk mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja.

Dalam konteks globalisasi, usaha meningkatkan tahap prestasi perkhidmatan awam adalah kritikal untuk mengekalkan daya saing negara. Kerajaan telah berjaya dalam mentransformasikan GLC untuk mengamalkan budaya prestasi tinggi, termasuk penggunaan sistem indeks prestasi utama (KPI). Berikutan daripada kejayaan transformasi ini, sudah tiba masanya amalan terbaik dan budaya prestasi tinggi diguna pakai untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan awam.

Sebagai permulaan, Ketua Setiausaha semua kementerian dan Ketua Perkhidmatan akan ditawarkan skim kontrak selama tiga tahun, serta prestasi mereka akan diberi ganjaran berasaskan KPI. Kontrak ini ditawarkan kepada pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan pegawai perkhidmatan berkaitan yang sedang berkhidmat.

Di samping memastikan perkhidmatan cemerlang, tempoh kontrak selama tiga tahun akan memberi masa yang mencukupi untuk mereka merancang dan melaksanakan pelan dan projek dengan efektif. Skim ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008. Saya yakin rakyat akan mendapat manfaat hasil daripada peningkatan keberkesanan perkhidmatan Kerajaan ini.

Untuk melicinkan urusan pentadbiran, Kerajaan telah melantik pegawai-pegawai Gred 41 secara kontrak untuk mengisi kekosongan jawatan. Adalah didapati bahawa ramai daripada pegawai ini menunjukkan prestasi kerja yang tinggi dan sesuai untuk dilantik secara tetap. Oleh itu, pegawai kontrak yang berprestasi tinggi yang diperakukan oleh ketua jabatan akan diberi keutamaan untuk diserap ke dalam perkhidmatan awam.

PERUNTUKAN BAJET 2008

Perbelanjaan kerajaan akan terus ditumpukan kepada membina kapasiti untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan melalui penyediaan infrastruktur, kemudahan awam, pendidikan, dan perkhidmatan sosial, termasuk kesihatan serta kebajikan rakyat. Dengan strategi dan program yang telah saya bentangkan, saya mencadangkan, sejumlah RM176.9 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2008, iaitu 10.9 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan tahun 2007. Daripada jumlah ini, RM128.8 bilion adalah bagi Peruntukan Mengurus, manakala RM48.1 bilion disediakan bagi Peruntukan Pembangunan.

Di bawah Peruntukan Mengurus, RM64 bilion atau 49.6 peratus adalah bagi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, RM36.2 bilion untuk Emolumen, RM25.5 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan, RM2.1 bilion untuk Pembelian Aset dan RM1.13 bilion untuk perbelanjaan lain.

Bagi Peruntukan Pembangunan, bahagian terbesar RM20.6 bilion ialah untuk sektor ekonomi yang terdiri daripada sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur. Sejumlah RM15.6 bilion ringgit diperuntukkan kepada sektor sosial iaitu pendidikan, kesihatan dan perumahan. Sektor keselamatan menerima tujuh bilion ringgit sementara pentadbiran RM2.9 bilion serta Simpanan Luar Jangka sebanyak RM2 bilion.

Matlamat Kerajaan adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan dan pada masa yang sama mengurangkan defisit fiskal secara progresif. Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan telah dapat dikurangkan dengan ketara daripada 5.5 peratus pada tahun 2000 kepada 3.3 peratus daripada KDNK pada 2006.

Pada 2007, defisit dijangka terus dikurangkan kepada 3.2 peratus. Dalam hal ini, Kerajaan akan terus meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pungutan hasil, dan pada masa sama, memastikan pengurusan perbelanjaan secara berhemat. Kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan diunjurkan lebih baik dengan defisit dikurangkan lagi kepada paras 3.1 peratus pada tahun 2008.

PROSPEK EKONOMI

Persekitaran ekonomi dunia dan serantau dijangka lebih mencabar dan tidak menentu. Walaupun demikian, dengan dasar dan strategi Bajet 2008, Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara akan terus kukuh, dengan kadar peningkatan di antara 6 hingga 6.5 peratus pada 2008.

Pertumbuhan ini didorong oleh pelaburan dan penggunaan swasta serta penggunaan awam. Pelaburan swasta dijangka berkembang 9.5 peratus manakala penggunaan swasta pada kadar 7.9 peratus. Sementara itu, pendapatan perkapita dijangka meningkat sebanyak 6.8 peratus kepada RM23,864 dan dari segi pariti kuasa beli bersamaan AS$14,206.

Sektor perkhidmatan dijangka berkembang 8.6 peratus, dipacu oleh aktiviti pelancongan, pengangkutan, kewangan dan perbankan, hartanah, pendidikan, kesihatan serta ICT. Pemulihan permintaan bagi keluaran elektrik dan elektronik dijangka dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan sektor pembuatan pada kadar 3.8 peratus.

Sektor pembinaan, termasuk pembangunan hartanah, akan berkembang lebih cergas pada kadar 6.3 peratus berikutan peningkatan aktiviti kejuruteraan awam, hasil pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Kesembilan. Sektor pertanian dijangka meningkat 3.5 peratus berikutan penekanan yang diberi kepada pengkomersilan sektor perladangan dan ternakan.

Sesungguhnya, kita harus bersyukur dengan pencapaian pembangunan negara. Dengan usaha gigih dan permuafakatan pemimpin serta rakyat, Malaysia telah berjaya melangkah jauh, mencapai pembangunan pesat dan holistik dalam tempoh lima dekad. Pembangunan yang telah dicapai merangkumi pembinaan kapasiti melalui pelaburan dalam infrastruktur fizikal, pendidikan dan latihan serta kemudahan awam.

Falsafah pembangunan kita yang menekankan pertumbuhan dengan pengagihan telah membolehkan semua rakyat bersama meraih manfaat daripada perkembangan pesat ekonomi negara.

Dengan landasan kukuh yang telah kita bina, kita yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar ke arah mencapai Misi Nasional. Apabila Malaysia mencapai Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara maju, ia akan menjadi satu lagi detik gemilang dalam sejarah pembangunan negara.

Marilah kita berdoa agar sentiasa diberi petunjuk dan hidayat Allah SWT dalam terus membina negara dan bersama menikmati kemakmuran di tahun-tahun akan datang.

Budget 2008: Schooling will be totally free in Malaysia, says PM


KUALA LUMPUR: As expected, the prime minister unveiled a generous Budget 2008 yesterday that will bring cheer to the man in the street as well as the business sector.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tabling the budget in parliament, announced free education and textbooks for all school-goers starting from next year’s session.

He also floated a RM9.6 billion measure to enable millions of Employees’ Provident Fund (EPF) contributors to draw on their savings to reduce their housing loan repayments.

With free education, the annual fee for primary and secondary schools will be abolished from next year. At the same time, the Textbook Loan Scheme will be provided to all students. Abdullah, who is also Finance Minister said: "With these measures, schooling in Malaysia is now completely free."

On the housing front, the government will allow EPF contributors to make monthly withdrawals from the balance in Account 2 for the financing of one house from Jan 1.

"This will benefit five million active EPF contributors and will enable them to own better houses than they could otherwise afford as well as lessen their financial obligations."

For the corporate sector, he said corporate tax would be further reduced to 25 per cent from 2009. Next year’s rate of 26 per cent was announced in last year’s budget.

Smokers and drinkers were spared the usual sin taxes on cigarettes and alcohol in this budget.

There was no mention of any bonus for civil servants because Abdullah had in May announced a pay hike of up to 35 per cent for them.

Analysts welcomed the budget, dubbed by some as an "election budget" given speculation the polls might be round the corner.

They said it had brought benefit to ordinary folk as well as addressed key needs of the corporate sector such as the easing of foreign skilled worker visa requirements, tax adjustments and public delivery system revamps.

Signalling priority for combating crime, Abdullah allocated RM6 billion to the police to recruit 60,000 personnel over five years and buy more patrol cars and equipment.

"Police presence and visibility will be increased, particularly in crime-prone areas. The government will install more closed-circuit television cameras linked to police control centres."

This year’s budget was themed "Together Building the Nation and Sharing Prosperity".

"The theme of the 2008 budget reflects the government’s aspiration that the wealth of the nation continues to grow and benefit all Malaysians."

The budget focused on three strategies: Boosting the nation’s competitiveness, strengthening human-capital development and ensuring the well-being of all Malaysians, he added.

He proposed that RM176.9 billion be appropriated next year, 10.9 per cent higher than the amount in Budget 2007.

Of the amount, RM128.8 billion will be for operating expenditure while RM48.1 billion will be for development expenditure.

The agriculture, industry and infrastructure sectors were given the largest allocation of RM20.6 billion under development expenditure. The tourism sector, which succeeded in attracting nearly 11 million tourists as of June year-on year was allocated RM858 million to implement programmes and upgrade facilities next year.

While spending would rise, he said, the government was committed to improving its fiscal deficit, which would be reduced to 3.1 per cent of gross domestic product next year from 3.2 this year and 5.5 per cent last year.

Acting on the recommendations of the Special Task Force to Facilitate Business (Pemudah), he said the procedures for the issuance of business licences and permits would be reduced through greater use of ICT.

To make it easier for foreign-skilled workers and foreign investment from multinationals to come to Malaysia, the Immigration Department would from Jan 1 shorten the processing period for work-permit issuance to seven days from 14 days for skilled workers.

He said a new category of visa for business travellers to Malaysia with a longer validity period and other features would be introduced to facilitate easier entry.

Indian and Chinese nationals would also be able to apply for multiple-entry visas in the country where they are residing or working rather than in their country of origin as required now.

From Jan 1, this facility will be available in New York, London, Hong Kong and Singapore.

To enable Malaysia to become an international Islamic finance centre, he said several measures would be introduced, including allowing Islamic fund management companies to be wholly owned by foreigners and allowing EPF to channel RM7 billion in funds to them.

To stimulate the property sector and ensure greater Bumiputera participation, he said Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd had acquired several properties for development of major commercial projects.

He cited Penang Sentral, an integrated transport and logistics terminal in the Northern Corridor Economic Region as an example.

To develop more efficient public transportation systems, especially for the low-income group and to overcome congestion, Abdullah said RM12 billion would be spent in Kuala Lumpur, Penang and other major cities to boost facilities.

For women, the government set aside an allocation to help single mothers build skills and encourage more mothers to provide childcare services at home.

Senior citizens were not forgotten in the budget. He said that many pensioners depended on savings to meet their financial needs.

"To improve returns on their savings, a RM2 billion bond will be issued by Bank Negara to be subscribed by senior citizens aged 55 years and above who do not have permanent jobs."

The maximum limit per person is RM50,000 with a maturity period of three years and a rate of return of five per cent. So far, RM3.5 billion of such funds have been issued.

Recognising the important role of teachers, the budget proposed increases in allowances for special education teachers, graduate substitute teachers and graduates teaching Chinese and Tamil languages in national schools.

Thursday, September 6, 2007

Surat : Guru DG41 harap memorandum adil

Guru DG41 harap memorandum adil


MEMORANDUM NUTP mengenai gaji baru 2007, khusus untuk 8,000 guru DG41 (PJJ/OUM) akan dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam bulan depan.

Kami berharap mesyuarat itu akan mengambil kira perbezaan ketara gaji pokok DG41 (RM2,238) yang dilantik dari DGA29 ke DG41 kerana menyambung belajar untuk mendapatkan ijazah dengan gaji pokok DGA32 (RM2,614) dan dinaikkan pangkat kerana lulus PTK tanpa menyambung belajar untuk mendapatkan ijazah.

Gaji kami kurang RM376, sedangkan kami juga berkhidmat dalam bidang perguruan dalam tempoh sama iaitu 13 tahun.

Kebanyakan guru DGA32 ini adalah siswazah yang hanya menunggu dilantik ke gred DG41. Apabila mereka dilantik, gaji pokok mereka akan naik satu tangga lagi. Sekali lagi gaji pokok kami akan tertinggal di belakang gaji pokok DGA32 yang dilantik ke DG41.

Kami berharap keputusan kerajaan mengenai isu gaji pokok kami dengan DGA32 adalah adil, paling tidak pun, gaji pokok kami sama dengan gaji pokok DG41 yang dilantik dari DGA32.

Kami juga mengharap kerajaan mengambil kira tempoh perkhidmatan kami dalam DGA29 yang hilang apabila kami dilantik ke gred DG41 untuk terus disambung ke gred DG41 supaya memendekkan masa untuk kami layak memohon DG44.

Jika kerajaan tidak berbuat sesuatu, kami akan kerugian seperti kata Presiden NUTP, Anuar Ibrahim. Kami seperti teraniaya dalam menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan 50 peratus guru sekolah rendah memiliki ijazah pada 2010.

TUAN ORICHIMARU,
Kuantan, Pahang.

Tuesday, September 4, 2007

Tamu Selasa: MQA angkat imej pendidikan negara

Oleh Saufi Hamzah


Penjenamaan semula LAN pastikan kualiti pengajian tinggi tepati standard antarabangsa

Bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Akreditasi Negara (LAN), Datuk Dr Syed Ahmad Hussein

SELEPAS pelbagai kejayaan dicapai Lembaga Akreditasi Negara (LAN) sejak ditubuhkan pada 15 Mei 1997 menerusi penguatkuasaan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996, apa perkembangan terbaru sekarang?

LAN akan menjalani perubahan yang dijenama semula sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan dijangka beroperasi Oktober tahun ini. Perubahan besar itu adalah satu langkah penting bagi memastikan kualiti pengajian tinggi swasta yang ditawarkan di negara ini terjamin dan menguntungkan pelajar. MQA sebenarnya adalah kesinambungan LAN dan akan meneruskan fungsi teras LAN yang berkembang dalam tempoh 10 tahun lalu.

Apakah faktor yang mendorong penubuhan MQA di negara ini?

Perkembangan pesat pendidikan tinggi sejak 1990-an dalam sektor pengajian tinggi awam dan swasta menimbulkan kepelbagaian dari segi jenis pembekal pendidikan dan latihan, jenis program seperti tempatan, francais, berkembar dan sebagainya, ketidakseragaman penamaan kelayakan dan kaedah penyampaian termasuk kaedah baru seperti e-pembelajaran, merentasi sempadan, jarak jauh, pembelajaran terbuka serta pembelajaran fleksibel. Pada masa sama, negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand dan Australia sangat giat mengeksport produk pendidikan mereka, manakala negara Eropah menggalakkan mobiliti pelajar. Ini menunjukkan bahawa negara terbabit sangat prihatin dan memberi perhatian penuh kepada usaha meningkatkan keyakinan awam terhadap standard program pengajian dan kelayakan.

Perkara penting yang diutamakan oleh negara berkenaan adalah objektiviti dan ketelusan sistem kualiti pengajian tinggi yang dicapai menerusi beberapa langkah utama seperti mempersetujui suatu prosedur jaminan kualiti program pengajian dan pengiktirafan kelayakan. Ia juga membangunkan kerangka kelayakan nasional sebagai titik rujukan standard kelayakan dan menandatangani Lisbon Convention iaitu perundangan antarabangsa berkaitan kualiti dan pengiktirafan kelayakan.

Dalam menangani perkembangan pesat pengajian tinggi dan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengambil kira kepentingan pengiktirafan antarabangsa ke atas kelayakan tempatan, adalah amat penting satu agensi jaminan kualiti. Ini akan dapat menyatupadukan sektor pengajian tinggi awam dan swasta, aliran teknikal, kemahiran dan akademik serta melaksanakan standard kelayakan sebagai titik rujukan telus dan sahih bagi meningkatkan keyakinan pelbagai pihak berkepentingan terhadap sistem penganugerahan kelayakan negara, diwujudkan.

Apakah peranan utama MQA selepas ini?

Seperti yang menjadi amalan bijak sistem jaminan kualiti antarabangsa, MQA berperanan sebagai titik rujukan maklumat yang sahih mengenai kualiti dan standard kelayakan pembekal pendidikan dan latihan. Justeru, MQA adalah jentera yang bertanggungjawab melindungi pelajar dan masyarakat daripada program yang tidak berkualiti dan mengesan gejala buruk seperti penipuan oleh pembekal, ijazah palsu yang dijual melalui internet serta memisahkan badan akreditasi dan badan persijilan yang sahih daripada yang palsu.

Apakah faedah lain yang akan diperoleh dengan penubuhan MQA?

Pelbagai pihak boleh merujuk senarai semua kelayakan yang sudah diakreditasi oleh MQA di dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR). Daftar ini juga menjadi titik rujukan bagi pemindahan kredit antara program pengajian dan kelayakan kerana pemindahan kredit hanya boleh berlaku antara program yang sudah diakredit. Menerusi proses jaminan kualiti dan pengiktirafan yang menggunakan standard dan prosedur amalan bijak antarabangsa, MQA dapat menangani secara sistematik perkembangan sistem pendidikan yang semakin kompleks dan pelbagai. Ini termasuk e-pembelajaran dan memastikan semua program mencapai standard ditetapkan. Langkah ini akan memudahkan urusan mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Dalam masa sama, MQA turut menyokong dasar pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi prinsip utama Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Boleh Datuk jelaskan lebih lanjut?

Dasar ini memerlukan prinsip beroperasi seperti pengumpulan dan pemindahan kredit serta pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman terkumpul yang tertib seperti terkandung dalam MQF. Prinsip ini membolehkan seseorang itu memilih laluan pembelajaran yang paling sesuai sama ada formal, informal dan fleksibel dari segi masa dan tempat bagi meningkatkan keupayaan diri, kualiti dan produktiviti sepanjang hayat. Contohnya, individu tidak dapat memasuki universiti atas sebab tertentu, misalnya perlu bekerja dulu boleh memenuhi hasrat pada kemudian hari menerusi pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman terkumpul yang diperoleh di tempat kerja, pembelajaran sendiri atau melalui kursus formal. Ini secara langsung membolehkan perkembang budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Dalam erti kata lain, pelaksanaan MQF menerusi MQA dapat menyatupadukan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi negara. Apa komen Datuk?

Ya benar. Proses jaminan kualiti telus dan objektif yang setanding dengan amalan di negara maju serta peranan MQF sebagai titik rujukan kelayakan memudahkan pengiktirafan antarabangsa. Menerusi kerjasama kukuh dengan badan lain yang terbabit dengan proses kualiti pengajian tinggi, MQA menyediakan persekitaran sihat dan kondusif untuk memperkukuh dan memelihara imej Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau.

Ternyata MQA mempunyai peranan menyeluruh, luas dan komprehensif. Apakah peranan lain MQA?

MQA turut berperanan untuk menyokong dasar kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab kecemerlangan pendidikan di rantau ini dan pada peringkat antarabangsa. Bagi merealisasikan hasrat terbabit, elemen sangat penting yang perlu dicapai adalah pengiktirafan antarabangsa terhadap kelayakan yang dianugerahkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan. Selain itu, usaha berterusan juga diambil dengan menjalin persefahaman menerusi pemeteraian perjanjian pengiktirafan bersama dengan negara pengeksport utama pendidikan tinggi seperti United Kingdom, Australia dan New Zealand serta menarik pelabur pendidikan berwibawa untuk beroperasi di Malaysia.

Siapakah yang akan mengendalikan perjalanan operasi MQA?

MQA akan diketuai seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan dibantu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Jawatankuasa Akreditasi bagi lima bidang utama iaitu sains kesihatan dan perubatan, sains sosial, sastera dan kemanusiaan, kejuruteraan dan alam bina serta teknologi maklumat dan multimedia.

Selain itu, MQA turut berperanan untuk menyemak status pendaftaran pemegang kelayakan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan setaraf. Apa ulasan Datuk dalam perkara ini?

Setakat ini, sebanyak 1,736 pemegang kelayakan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), 493 dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta 16 kelayakan daripada individu dan industri sudah diterima dan direkodkan. Jumlah pendaftaran kelayakan ini dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Namun semua kelayakan terbabit masih dalam proses penyemakan dan perlu melalui proses pengesahan sebelum ia boleh didaftarkan di bawah Daftar Kelayakan PhD. Sehingga kini, kelayakan yang diterima sudah disemak dan ada antaranya perlu dihantar semula ke IPTA dan IPTS bagi mendapatkan maklumat lengkap. Proses penyemakan dan pengesahan akan dibuat menerusi satu jawatankuasa yang terdiri daripada LAN atau MQA, IPTA, IPTS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Amalina dapat 5A A-Level



Oleh Azida Shaharuddin

JOHOR BAHRU: Nur Amalina Che Bakri (gambar) yang mencatat sejarah mendapat 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, sekali lagi mencapai kecemerlangan apabila memperoleh 5A bagi program A-Level di Cheltenham Ladies College (CLC), Gloucestershire, United Kingdom.

Nur Amalina, 20, pelajar tajaan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapat 5A bagi Matematik Tambahan, Matematik, Biologi, Kimia dan Ekonomi. Beliau juga muncul pelajar tunggal mendapat merit bagi subjek tambahan, Kimia Tambahan, sekali gus menerima Anugerah Kecemerlangan Bank Negara pada Selasa lalu.

Beliau adalah anak Melayu pertama lulus cemerlang dengan pangkat 5A dalam peperiksaan berkenaan.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor Bahru itu juga diterima masuk ke College of Medicine and Veterinary Medicine di The University of Edinburgh bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Surgeri dan Sains selama enam tahun bermula pertengahan bulan ini.

Nur Amalina yang kini bercuti dua bulan, ketika ditemui di sini, semalam, berkata beliau perlu mendaftar di universiti itu Sabtu ini bagi menjalani minggu orientasi sebelum kelas bermula pada 16 September.

“Sebelum ini, saya memohon empat universiti, iaitu Universiti Cambridge serta Imperial College, London, University Bristol dan The University of Edinburgh. Daripada empat permohonan itu, saya menerima surat tawaran daripada Universiti Bristol pada Februari, diikuti Universiti Imperial dan terakhir The University of Edinburgh pada 18 Mac lalu.

“Saya memilih Edinburgh kerana saya pernah melawatnya dan sangat sukakan tempat itu kerana ia nyaman dan tenang walaupun agak sejuk walaupun pada musim panas,” katanya yang akan berlepas ke London hari ini.